Tun Dr. Mahathir ketika memberi kata mula dalam buku Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam- Kassim Ahmad , telah mengulas bahawa Pak Kassim telah melalui tiga fasa hidup yang lengkap dan fasa yang pertama telah dijelaskan seseorang itu biasa menjadi seorang yang radikal dan mirip kepada ideologi berhaluan kiri. Memetik kata sarjana melalui tulisan Professor Zul, Naib Canselor USM 'kehebatan sesebuah universiti itu bukan berdasarkan prasarana universiti tersebut tetapi kehebatannya terletak pada tenaga pengajar dan pelajar tersebut yang bergerak secara seiring atau "simultaneously". Tambah sarjana itu lagi, siapakah 'mereka' untuk menghakimi universiti kami??
Suatu hari, selepas makan tengah hari penulis bertanya kepada bapanya "siapakah yang layak untuk bergelar perdana menteri untuk masa 20 tahun akan datang?". Perlu dijelaskan ia bukan bermaksud parti mana yang lebih layak tetapi apa yang lebih penting di sini adakah negara kita sekarang benar-benar menyediakan satu landasan yang betul ke arah melahirkan pemimpin yang mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin yang disegani?? Adakah betul sekarang sistem kita telah menyediakan satu landasan yang betul untuk generasi kita untuk mungkin 30 tahun yang akan datang? Anak muda yang membaca adakah anda rasa suasana sekeliling anda benar2 menyediakan landasan
ini? Adakah sudut pidato di tempat anda belajar benar2 berfungsi?? atau ia sekadar "gajah putih" yang perlu didirikan di setiap sudut menara gading di negara kita? Benarlah seperti satu pepatah klasik inggeris " you can take your horse to the river but you can't never force your horse to drink the water".
Perlu diingatkan penulis tidak mengkritik usaha kerajaan untuk menghidupkan kembali sudut pidato tersebut malah ia boleh dilihat sebagai atu usaha kerajaan yang mungkin telah menyedari bahawa perlunya kita menjana karekter seorang pemimpin itu dalam kalangan mahasiswa. Sekali lagi penulis memuji Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kita yang memberi jaminan bahawa mahasiswa bebas melontarkan ide sama ada menyokong atau membantah kerajaan semasa di sudut pidato berkenaan. Sebenarnya, penulis ingin mengajak anda berfikir menjangkaui lingkungan ini kerana bukan sudut pidato itu yang menjadi masalahnya, tetapi bagaimana cara kita ingin menghidupkan roh kepimpinan itu kepada setiap mahasiswa. Ketika ini, berilah seberapa banyak kebebasan kepada pelajar untuk bercakap hakikatnya hasilnya tetap sama, kita sebagai pelajar tetap malas untuk bercakap, tetap segan untuk melontarkan ide tetap takut untuk menjadi yang pertama itulah sebenarnya fenomena kita.
Ya!!, kita ada MPP tetapi sejauh mana keberkesannya? adakah sekadar menguruskan kebajikan pelajar dan yang lebih penting lagi adakah benar menguruskan "kebajikan" pelajar? atau adakah sekadar peranannya jelas ketika Minggu Haluansiswa Pelajar Baru??. Di sini, penulis tidak menyalahkan kerajaan atau menyokong pembangkang tetapi isu yang dibawa penulis ialah lebih daripada itu lagi iaitu sesuatu yang berkaitan negara kita!! Hal ini kerana suka atau tidak kita adalah negara yang kita duduki!! Adakah anda ingin melihat dalam generasi kita selepas ini pemimpin kita sebagai seorang yang lemah?? Adakah anda tidak merasa sesuatu sekiranya pemimpin kita pada masa hadapan hanya bergantung pada pihak luar untuk mentadbir negara kita??.
Secara jujurnya, adakah anda menemui watak Tun Dr. Mahathir dalam kalangan rakan anda, atau mungkin karekter Anwar Ibrahim, atau mungkin Dato' Onn Jaafar atau mungkin juga Tengku Razaleigh?? bagi penulis tidak! Rata- rata mahasiswa kita sekarang kebanyakannya lesu karekter sebagai seorang mahasiswa. Kita munkin seorang mahasiswa tetapi apakah yang anda lakukan?? belajar, beriadah, atau mungkin aktif bagi sesebuah persatuan tetapi adakah ini cukup? Adakah ini cukup untuk menjadi seorang pemimpin yang kental pada masa hadapan? Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah dikenakan tahanan ISA ketika menjadi pelajar? Bukankah Anwar Ibrahim pernah mengetuai demostrasi ketika hayat pelajarnya. Bukankah mereka ini boleh dianggap sebagai pemimpin yang hebat sepanjang tempoh mereka berkhidmat untuk negara??
Hey anak muda!! hey pembaca!! adakah anda tidak merasai apa yang penulis rasakan ketika ini?? Buanglah falsafah kepartian , buanglah sifat ego anda apa yang lebih penting sekarang adalah negara kita!! Ini tanah air tumpah darah kita sedarlah pembaca! Buka minda anda! Kita sekarang ketandusan bakal2 pemimpin masa depan negara. Sering kita mendengar apabila masalah berkenaan mahasiswa akta universiti dan kolej universiti atau AUKU dipersalahkan, namun bagi penulis setelah mendalami AUKU pindaan 2009, sebenarnya mungkin kita perlu memperbaiki sekali lagi terhadap akta ini iaitu yang paling ketara ialah no. 15 (1) (a), (c),
"Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana mana
undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau
di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar
Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu."
dan juga no 15 (5) (a), (c),
"Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang
ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,
boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan
kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah
perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai
demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Universiti itu".
Penulis merasakan adalah tidak adil sekiranya kita mengimpikan pelajar kita diberi pendedahan tentang politik tetapi ironinya dilarang menganggotai mana2 parti politik apabila umurnya sudah layak. Perlukah pada zaman ini kita ingin mendengar alasan bahawa seorang pelajar tugasnya belajar dan politik selepas tamat pengajianya?
Adakah ini budaya yang perlu kita semai untuk menjana pemimpin yang "extraordinary"? Bukankah kita perlu bekerja keras untuk mendapat hasil yang yang hampir mustahil?? Cukuplah dengan pemikiran takut, lesu seperti ini, buanglah semua itu maju dan bergeraklah ke hadapan. Adakah anda ingin mengandaikan bahawa seorang mahasiswa tidak cukup matang untuk mengetahui hala tuju hidupnya?? Jika ini yang anda andaikan apa perlu kita habiskan masa bercakap tentang kemegahan universiti di sana sini, apa perlu kita wujudkan sudut pidato di sana sini?? Buangkan semua itu, tukarkan universiti kepada sistem sekolah jika itu yang anda rasakan dapat menjana pemimpin yang berkualiti!!. Jikaitu yang anda mahu untuk negara ini!.
" Rom tidak dibina dalam masa satu hari", penulis tidak merasakan kita terlalu lewat untuk mengubah perkara ini, adakah anda ingin berubah? Dengan nama Allah s.w.t, hanya anda yang tahu.
* Penulis ingin mengucapkan tahniah bagi AUKU pindaan 2009 yang memotong seksyen 15(c) yang dilihat lebih bersifat kemanusiaan.
Tuesday, May 25, 2010
Sunday, March 28, 2010
Thursday, March 4, 2010
Antara Halal dan Haram
Jaminan halal sesuatu makanan itu bukanlah terletak pada logo halalnya. Akhbar arus perdana pada lewat minggu lepas heboh berkenaan penwartaan akta halal di Malaysia. Diikuti pula oleh artikel yang menghebahkan hanya dua restoran ala kopitiam di Malaysia yang diperakui sijil halalnya.
Bagi seseorang yang suka memerhati keadaan semasa, saya melihat ini bukanlah satu fenemona yang sihat dalam negara yang hebah memperkatakan tentang kemajuan, kepesatan ekonomi dan negara dan sebagainya. Apa tidaknya, selepas artikel itu disiarkan di laman sosial contohnya facebook giat menghebahkan tentang kepalsuan sijil2 halal bagi restoran tertentu. Saya ambil contoh Old Town Kopitiam. Malangnya kedai2 ini terus dilabel sebagai menyajikan makanan yang haram. Adakah ia rasional??
Saya tidak menyebelahi mana2 pihak, yang haram tetap haram tetapi untuk menghukum mana2 restoran yang tidak mempunyai logo halal yang sah sebagai menyajikan makanan yang haram ialah satu perbuatan yang tidak wajar. Kita perlu memahami apakah sebenarnya konsep halal sebelum menghukum sesuatu makanan itu sebagai haram.
Ini bukanlah satu budaya yang baik walaupun secara zahirnya ia nampak memudahkan penduduk di Malaysia untuk mencari makanan khususnya bagi masyarakat Islam. Ia telah mebwa kepada wujudnya perasaan syubahah yang menebal dalam kalangan masyarakat Islam lama - kelamaan yang akhirnya membawa kepada kesempitan ruang pemikiran dalam hal mencari makanan. Bayangkan kiranya kita sudah terbiasa dan menjadi tabiat untuk melihat logo halal sebelum membeli makanan, bagaimanakah nanti bila mana anda berada di luar negara? adakah anda mengharapkan gadis penjual donut di tepi jalan Birmingham Street untuk mepunyai logo halal??
Jika anda sudah membiasakan diri dengan keadaan sedemikian tidak mustahil anda mungkin berasa sangsi dalam hal meilih makanan yang sebenarnya tidak serumit yang anda bayangkan. Dalam hal ini , saya teringat saranan yang pernah dianjurkan oleh bekas mufti Perlis, Dr, Asri yang mencadangkan bahawa bukan logo halal yang patut dijaja tetapi pengeluaran sijil logo haramlah yang perlu diwartakan. Ini selaras dengan dasar negara ini iaitu negara Islam, yang sudah diketahui majoriti makanan adalah halal untuk dimakan.

Labels:
Dr. asri,
halal,
haram,
Old Town Kopitiam,
syubahah
Subscribe to:
Posts (Atom)