Semalam terpampang pada muka depan akhbar NST, jawapan PM berhubung isu menapis kandungan internet yang diusulkan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim, tersenyum aku membacanya. Adakah ini jalan yang kita pilih sebagai menuju ke arah negara maju??Syabas buat PM kerana bertindak bijak dan rasional bagi isu ini. Bagi aku penapisan kandungan internet merupakan jalan mudah bagi orang yang tidak panjang akal dalam membuat keputusan. Hal ini amat mengecewakan kerana cadangan itu tidak patut dikeluarkan oleh insan berkapasiti demikian. Langkah mudah tersebut bolehlah disamakan dengan membuat cadangan bagi orang yang malas membaca buku supaya wajib membaca buku sehari 5 jam atau tidak anda MATI.
Hal ini merupakan satu cadangan yang memalukan pada masa kita sekarang mengejar dunia tanpa sempadan bagi mengejar negara maju yang ingin dipimpin oleh insan berilmu, tup2 satu ide mudah yang boleh difikirkan oleh seorang pelajar sekolah telah dicadangkan. Betul, cadangan ini bagi membendung masalah pornografi, aku tak kata pornografi itu baik tapi sampai bila kita perlu membendung perkara remeh seperti ini?? Ironinya, pornografi bukan sesuatu yang asing dalam kalangan remaja di zaman ini. Tetapi itu bukan lesen untuk kita menghalang satu kebebasan "berinternet".
Perlu diingat matlamat internet adalah memang bagi memberi input tanpa sempadan kepada pengguna, jadi seharusnya kita tidak mencemar apakah matlamat internet diwujudkan walau apa cara sekalipun.Sebut saja negara maju di dunia ini..manakah kalangan mereka yang membuat penyekatan internet?? Dalam usaha ke arah negara maju seharusnya perkara seprti ini tidak timbul sebagai satu isu. Hakikatnya terlalu banyak aspek lain yang boleh diambil kira jika kita begitu serius dalam usaha ke arah kemajuan. Ya betul! , contoh negara maju sekrang mempunyai masalah sosial yang tinggi tapi perlu diingat itulaha harga yang perlu dibayar sekiranya itu pilihan kita.
Namun tak mustahil sekiranya kita muncul sebagai negara maju yang tinggi hemahnya,kurang gejala sosialnya. Bagi aku inilah yang akan terjadi sekiranya kita berjaya mewujudkan golongan berilmu dalam negara kita. Malaysia melahirkan beribu2 graduan saban tahun tetapi ini tidak menjamin insan itu termasuk dalam golongan berilmu, banyak penduduk Malaysia ada ilmu tapi apa yang kita cari ialah "keilmuannya". Seperti yang aku katakan phd bukan satu tiket menjadi golongan berilmu, mungkin seorang pemandu teksi atau sekadar seorang tukang sapu sampah.
Apa yang dimaksudkan dengan golongan berilmu ialah bijak menilai suatu fakta dengan rasional dengan mengambil kira keadaan realistik semasa. Contohnya, kecoh isu basi yang kembali hangat sekarang ini tentang pemansuhan ISA. Kepada penokong GMI, tolong jangan cepat melatahla..Anda tidak perlu kecoh berbicara tentang kekejaman ISA. Secara rasionalnya ISA memang satu akta yang perlu bagi kestabilan negara. Tolong jangan timbulkan soal kejam, memang pada dasrnya ia nampak kejam tetapi kita memerlukan akta "pencegahan" sperti ini bagi menjamin kestabilan negara. Apakah nanti bila KLCC dan hancur dibom bari kita nak melalak mencari si pengebom?? Bagi aku, contoh insan berilmu setakat ini ialah Dr. Asri Zainul Abidin delaku bekas mufti Perlis.Harap kalian dapat ikuti artikel beliau yang sememangnya jelas menunjukkan kerasionalan berfikir.
Jadi, seharusnya langkah betul membendung masalah pornografi dalam konteks membina generasi berilmu untuk mewujudkan negara maju ialah dengan memberi pendedahan awal kepada generasi muda tentang kesan pornografi dan selebihnya biar mereka berfikir sendiri. hal ini kerana semua ini merupakan satu proses kehidupan. Seharusnya kita sedar semakin ketat kita menahan semakin kuat perkara melawan. Ini ialah hukum alam. Sebagai contoh,jika penapisan internet dijalankan rakyat Malaysia pasti tidak dapat akses pornografi sedangkan permintaannya jelas ada, ini akan membawa kepada industri penghasilan pornografi tempatan menjadi lebih meningkat kerana sudah pasti akan mendapat keuntungan sekiranya ada permintaan dan manusia sanggup lakukan apa saja untuk wang. Akhirnya, masalah sosial tetap tidak dapat dikurangkan malah mungkin menjadi lebih teruk. Akhirnya kita telah kerugian dua perkara iaitu kita telah mengorbankan "fungsi" internet yang asli serta masalah sosial juga semakin meningkat.
Jadi, adakah ini yang kita mahu?? Golongan berilmu pasti ada jawapannya...
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment