Salam buat semua pembaca. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebagai manusia normal. ia adalah satu norma untuk kita berasa susah atau payah untuk berubah meskipun kepada sesuatu perkara yang baik. Hal ini adalah biasa dan bukan sesuatu benda yang sangat buruk, malah ia di luar kebiasaan seorang insan jika dapat berubah dengan mudah.
Sebagai insan berbangsa Melayu, kita sebenarnya mempunyai banyak adat yang kadang-kdang sudah tidak relevan kalau difikir secara teliti. Ironinya, sehingga kini masih terdapat sebhagian besar kita masih berpegang teguh pada adat-adat tersebut.
Begitulah juga dengan sambutan aidilfitri. Dalam masyarakat kita, aidilfitri banyak diterjemahkan sebagai hari kesedihan dan bukanlah hari kemenangan sperti yang dituntut syarie. Lihat sajalah drama, lagu dan aktiviti yangb diisi dalam suasana aidilfitri banyak yang diterjemahkan dalam imej sedih. Perkara ini sebenarnya petut diubah supaya kita benar-benar dapat memahami roh aidilfitri yang bertujuan memeberi erti kemenangan kepada kita sebagai umat Islam.
Sebagai memberi gambaran yang lebih jelas, mungkin tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, iaitu mantan Mufti Perlis ini dapat membantu. http://drmaza.com/home/?p=722
Sekian, Salam Aidilfitri buat semua.:)
Tuesday, September 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidilfitri selalu dianggap sebagai hari yang sedih sebab rakyat malaysia berpendapat bahawa hari raya tu time untuk mengingati yang telah tiada. Kalau tak silap, aku pernah dengaq orang cakap, takbir kat malaysia dengan oversea nada dia tak sama. malaysia punya sayu lagi
ReplyDelete