Showing posts with label al- Quran dan hadis. Show all posts
Showing posts with label al- Quran dan hadis. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Sementelah tentang Dr. Asri~~

Saya mengambil masa yang lama untuk menulis tentang isu ini disebabkan oleh dua faktor, pertama , saya ingin melihat isu ini secara menyuluruh sebelum menilai di samping mengumpul idea untuk ditulis. Kedua, kerana kebetulan semasa isu ini sedang hangat, saya sedang sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Ya!!, saya seorang penyokong kuat Dr. Asri, tapi sebagai insan yang rasional saya perlu lihat sesuatu keadaan secara menyeluruh. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Musuh yang betul kita sokong, pemimpin yang salah kita lawan!.

Secara peribadi saya telah mengikuti tulisan Dr. Asri semenjak zaman persekolahan dalam tahun 2006/07, kebetulan sekembali dari mengerjakan umrah saya telah mungkin mendapat satu hidayah untuk mencari jawapan kepada keluasan ilmu dalam Islam. Sebenarnya, keluasan pandangan serta kemudahan dalam Islam telah didedahkan kepada saya sejak di tingkatan satu. Ketika itu, terdapat seorang ustaz yang mengajar di sekolah saya teleh mendedahkan kami tentang konsep ini. Perlu diingat,ia bukanlah satu konsep yang baru tetapi satu usaha atau jalan ke arah pengajaran Islam berlandaskan dalil yang yang sahih. Namun, apalah seorang budak tingkatan satu dapat buat, persekitaran , pengaruh masyarakat selalu merupakan halangan kepada usaha tajdid ini.

Berbalik pada Dr. Asri, setelah kembali dari tanah suci, saya terbaca tentang artikel beliau dalam Mingguan Malaysia, kebanyakan tulisan beliau menjawab kepada persoalan saya ketika itu. Inilah antara titik mula saya ke arah menyokong usaha dakwah beliau.Teringat saya pada tulisan Hishamuddin Rais, ramai manusia keliru tentang bagaimana terjadinya sejarah. Sejarah tidak berlaku disebabkan tokoh2 tertentu tetapi terjadi disebabkan suasana yang timbul dan secara kebetulan ada manusia lain yang membawa manifestasi keadaan suasana itu ke atas. Sebagai contoh, saya, sekembalinya saya mengerjakan umrah menimbulkan saya satu semangat kepada sya untuk melihat keluasan dalam Islam, ini adalah suasana saya dan secara kebetulan Dr. Asri telah membawa satu manifestasi yang selari dengan suasana saya, jadi saya menganggapnya sebagai seorang tokoh/pemimpin/ketua atau apa saja namanya yang menurut Shakespeare tidak penting.

Itulah serba ringkas bagaimana saya boleh mengenali beliau. Lantas, disebabkan atas dasar menyanjungnya sebagai seorang tokoh saya berasa amat terkejut apabila terbaca penahanan JAIS terhadap beliau. Ironinya, minggu terakhir penangkapan beliau, tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia seperti memberi tanda awal bahawa beliau akan ditangkap. Penulisan tentang tokoh2 hebat yang ditindas pemimpin, ditangkap banyak dapat kita lihat dalam minggu terakhir penangkapan beliau. Adakah beliau sudah dapat menghidu tentang tangan2 ganas yang sentiasa kurang senang tentang usaha ke arah jalan yang benar ini??Namun dalam sidang akhbar sejurus penangkapan beliau, beliau telah menegaskan bahawa tidak menolak kemungkinan ada tangan2 di luar sana yang merancang ke arah penangkapan tersebut.

Namun, sebagai insan yang memerhati, tindakan JAIS menggunakan isu tauliah adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Betul!! , penangkapan itu boleh dilaksanakan, namun pernahkah anda melihat polis/JPJ manahan orang yang tidak memakai jaket keselamatan sewaktu membawa motor ketika malam??, adakah salah untuk menahan mereka?? Malah, sekiranya JAIS hendak menggugurakan tuduhan terhadap beliau, ia boleh dilaksanakan mengikut undang2 agama negeri Selangor. Seperti kata mufti Perlis, Dr. Juanda, pentauliahan merupakan warisan penjajah yang akanmemakan tuannya sendiri sekiranya silap digunakan. Bagi saya, pentauliahan tetap perlu tetapi hanya terhad kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang agama, dan hendak bercakap mengenainya. Secara logik, adakah perlu seorang yang mungkin berkelayakan sarjana muda ingin menilai keilmuan seorang yang berkelulusan Phd??

Timbul pula isu yang mengatakan beliau seorang wahabbi. Kepada yang menuduh, apakah itu wahabbi?? Adakah anda tahu apakah itu wahabbi?? Atau anda hanya menuduh orang yang tidak berqunut dalam subuh, tidak membaca surah Yassin malam Jumaat adalah wahabbi?? Adakah anda berasa tidak bersalah menuduh seseorang tanpa ilmu yang cukup??
Bagi saya, saya boleh menerima sekiranya anda tidak bersetuju terhadap sesuatu pandangan tetapi menghukum seseorang dengan label wahabbi adalah sesuatu yang memalukan sekiranya anda sendiri tidak jelas dengan maksud wahabbi. Keapada yang bertanya, boleh rujuk sebuah buku bertajuk "Syeikh Muhammmad Bin Abdul Wahab Antara Fakta & Palsu" Beliaulah merupakan insan yang sering dituduh kepada lairan wahabbi ini.Sebagai seorang yang mengikut penulisan Dr. Asri telah banyak beliau menegaskan tentang isu ini. Memang ramai orang awam keliru tentang konsep wahabbi dan juga konsep tajdid atau pembaharuan ini. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ini semua adalah usaha satu kelompok yang merasakan mereka akan rugi sekiranya masyarakat didedahkan dengan kemurnian Islam yang sebenar. Yalah, sekiranya ini berlaku sipakah lagi yang akan membeli buku berkaitan wirid dan doa semasa haji??, siapalah lagi yang akan mengupah kumpulan2 tertentu untuk bersembahyang jenazah kepada kaum keluarga mereka, dan lebih teruk lagi tiadalah lagi mereka dapat merasakan makan nasi tomato berlaukkan ayam ros serta ditanbah dengan sirap ros yang sejuk atas kematian seseorang. Tidakkah ini semua merugikan mereka??

Selepas itu, timbul pula isu Dr. Asri yang banyak menghebahkan tentang usaha ke arah kemajuan dan perpaduan ummah sebenarnya banyak memainkan isu2 ranting dalam masyarakat yang membawa ke arah kekeliruan masyarakat. Kepada penuduh berkenaan saya ingin bertanya, adakah anda telah membaca tulisan Dr. Asri atau sekadar melihat beliau secara am?? Saya tak menafikan betul persoalan2 ranting ini banyak dilontarkan oleh Dr. Asri yang mebawa beliau ke kancah kontroversi tetapi bukanlah merupakan tunjang utama dalam pemikiran beliau. Kalau anda halusi, perkara2 ranting hanaya beliau sentuh di akhir2 penulisan rencana beliau,ia bukanlah merupakan satu tajuk utama yang beliau ingin sampaikan begitu juga dalam kuliah beliau perkara2 ini semua dapat kita dengari ketika sesi soal jawab dalam kuliah beliau? adakah ini salah?? Jika betul beliau banyak memainkan isu ranting bukankah menjadi satu kesalahan yang memungkinkan beliau untuk ditahan. Bukankah dalam Islam kita diajar tentang konsep amar makruf nahi mungkar?? Adakah anda merasakan masyarakat perlu dihalang daripada mengetahui apa yang benar?? Apabila berckap tentang kemajuan ummah andalah yang paling lantang berbicara, namun andalah sendiri punca sebenar ke arah kemunduran ummah kita!!

Saya juga berasa begitu sedih apabila membaca satu entri daripada sebuah blog yang mengatakan Dr. Asri tidaklah perlu bertindak seperti artis yang ingin menyaman dan ingin mengambil tindakan kepada penahanan beliau. Tambah bloggers tersebut, ikutilah cara Rasullallah menangani masalah penindasan seperti yang beliau hadapi. Sungguh jumud pemikiran anda. Adakah anda sedar suasana sekeliling dan masyarakat juga penyumbang kepada kelonggaran sesuatu hukum.?? Adakah dengan pandangan sempit ini anda merasakan mana2 individu yang membawa wajah agama tidak boleh mengambil tindakan sekiranya ditindas?? Mereka hanya perlu bersabar dan bertawakal atas ujian yang menimpa, adakah ini yang anda maksudkan?

Bagi saya, penahanan beliau tak lebih dari usaha pembunuhan karakter atau pun disebut "characteristic assasination" dalam istilahnya yang banyak digunakan oleh pihak yang mepunyai kuasa dalam usaha merosakkan reputasi insan yang mempunyai usaha ke arah pembentukan pengaruh yang besar. Penuduhan JAKIM kepada isu memalsukan ijazah sehari selepas ditahan banyak dapat kita fikiri bahawa mungkin semua ini sudah dirancang dengan teliti dalam masa yang lebih awal dari kita jangkai.