Selalu saya melewati laman blog anti-kerajaan untuk mengetahui apa perkembangan terbaru negara. Bagi saya ia adalah sesuatu yang memualkan untuk saya membaca sokongan dan pujian untuk kerajaan dalam laman blog, hal ini bukan beerti saya penyokong pakatan rakyat tetapi pujian sedemikian banyak dapat kita dapati dalam media cetak utama negara.Jadi sebagai insan normal pastilah kita ingin mencari sesuatu yang lain dari ruang lingkup pembacaan kita.
Saya tidak memandang pujian itu jijik atau kritikan itu suci, bagi saya pujian dan kritikan adalah perkara yang perlu bergerak secara seiring bagi membentuk satu negara yang stabil secara holistik. Seperti kata Tun Mahathir, adalah hipokrit bagi seseorang yang mengaku dirinya suka dikritik.
Meminjam tajuk dari buku karangan Karim Raslan Ceritalah 1 "Malaysian in Transition" , saya ingin menyentuh satu konsep yang Karim nyatakan yang saya kira sesuai untuk diketengahkan dalam tulisan ini. Bercakap tentang Karim, secara ringkasnya beliau merupakan seorang peguam lulusan Cambridge, England. Beliau banyak menghabiskan masa merantau di sekitar Asia Tenggara bagi melihat perkembangan politik dan ekonomi bagi sesebuah negara. Seperkara yang menarik perhatian saya tentang Karim ialah peristiwa kemalangan yang meragut ayahnya ketika memandu kereta lamborghini pada sekitar tahun 70-an di Kuala Lumpur. Ironinya, Karim mengetahui punca sebenar kematian ayahnya selepas satu tempoh yang agak lama. Ketika ditanya mengapakah beliau tidak menulis blog, (lihat buku Ceritalah 3 " Malaysian : A dream deferred") ujar beliau, sebagai seorang peguam , beliau ingin melihat kebebasan penulisan dalam akhbar, dan salah satu usaha ke arah itu ialah dengan tidak mencari alternatif lain untuk menyalurkan ide bahkan menggunakan ruang yang ada secukupnya untuk menulis dalam akhbar, sambil mengakui dirinya sedikit "old-timer".
Dalam konsep kita bukanlah hidup dalam dunia yang "ideal" yang diketengahkan oleh Karim dalam Ceritalah 1, saya amat bersetuju dengan konsep ini dan berharap sebahagian besar daripada rakyat Malaysia juga dapat bersependapat dengan saya bagi untuk bersetuju dengan konsep ini. Pandangan saya melihat, rata2 warga Malaysia khususnya tidak dapat membezakan sesuatu yang realiti atau fantasi yang sebenarnya adalah retorik semata2.
Perlulah diingat, dunia ini juga dihuni oleh insan yang memakai kopiah semata2 untuk tujuan perniagaan, juga dihuni oleh pakcik teksi yang mengaku pernah tinggal di kawasan kampung kita semata2 untuk memberikan perasaan selesa kepada kita supaya dapat mengenakan bayaran lebih dan juga dunia ini juga dihuni oleh sepasang kekasih yang mengaku mencintai pasangannya selama2 tetapi akhirnya hanya bertahan selama dua minggu. Hakikatnya, jika kita dapat memahami konsep ini, banyak perkara dapat diselesaikan dengan cara yang lebih mudah. Sebagai contoh, saya mengambil contoh perkara yang selalu dibangkitkan dalam suasana politik kita iaitu gejala rasuah atau dipanggil korupsi atau budaya kronisme mungkin perkara2 seperti ini memang jelas satu unsur yang tidak baik atau secara kerasnya haram untuk dipraktikkan. Ditambah pula , hal2 seperti inilah yang dimainkan oleh puak2 pembangkang bagi menunjukkan betapa hodohnya pemerintahan kerajaan tika ini. Tetapi berbalik kepada apa yang saya jelaskan tadi tentang penghuni dunia ini, adakah ia mudah atau adakah ia dapat dilaksanakan satu sistem yang bebas daripada amalan2 ini??
Secara logiknya, adakah anda berfikir dunia ini boleh "hidup" tanpa amalan2 ini?? Di sini saya ingin tegaskan bahawa saya bukanlah penyokong atau pendukung kepada amalan ini tetapi saya sedar akan keadaan realiti semasa bahawa sebnarnya ia mustahil bagi kita pada zaman ini untuk mewujudkan satu sistem yang betul2 bebas dari korupsi. Bagi saya, apa yang dilakukan kerajaan tika ini sudah memadaai, mereka sekurang2nya mengaku bahawa ya!! memang terdapat korupsi selama mereka memerintah. Ya!! , mereka selalu menubuhkan suruhanjaya, mungkin sejauh manae keberkesanan suruhanjaya2 ini dapat kita pertikai tetapi sekurang2nya mereka berani menunjukkan bahawa mereka melakukan kesilapan. Hal ini sudah cukup baik, bayangkan sesuatu kerajaan yang penuh dengan korupsi tetapi jelas tidak melakukan amalan2 untuk mengekang amalan ini, bukankah itu lebih teruk??
Saya akui walaupun jelas merekka melaungkan ingin membanteras rasuah dan amalan kronisme dan sebagainya namun amalan ini tetap berlaku, satu demi satu kes2 seperti ini dibongkar yang saya rasa anda sebagai ahli blogersferra juga mengetahuinya. Ini membawa sya kepada satu titik pemikiran bhawa ia bukanlah disebabkan oleh siapa yang memimpin tetapi disebabkan oleh perolehan kuasa akibat tanggungjawab memimpin itu sendiri. jadi , di sini perlu difahami ia bukanlah disebabkan oleh UMNO tetapi ia adalah disebabkan oleh kuasa yang diperoleh itu snediri, dan saya berani memberi jaminan sekiranya PR mentadbir negara ini amalan yang sama tetap berulang. Tiada bezanya mereka berani berkata ketika ii kerana mereka bukanlah merupakan kuasa yang mutlak di negara ini, tetapi percayalah sekiranya kuasa ini beralih perkara yang sama tetap berlaku dan pada ketika ini mungkin UMNO yang sudah menjadi pembangkang tetap pula akan moodal yang sama bagi menyerang pemerintahan pada ketika itu.
Jadi, sekiranya anda memahami keadaan ini, anda sebenarnya patut berasa bersyukur berada di bumi Malaysia ini kerana jika ditolak masalah korupsi dan kronisme sebenarnya kita dapat mengandaikan bahawa negara ini sebenarnya telah ditadbir dengan cemerlang..
Sebenarnya, apa yang anda perlu lakukan ialah belajar untuk memahami realiti dan bukanlah belajar untuk mengubah realiti, mungkin sesetengah perkara perlukan perubahan tetapi dalam konteks ini adakah wujud ruang untuk berubah itu??
Showing posts with label korupsi. Show all posts
Showing posts with label korupsi. Show all posts
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)