Tuesday, July 28, 2009

Yasmin Ahmad (1958-2009)~~

Yasmin Ahmad satu insan yang sukar dicari ganti.Karyanya dalam bentuk iklan seringmenjadi bualan ramai, walhal filem yang diarahnya sentiasa dilanda kontrovesi. Bermula dari rabun, sepet, gubra, mukhsindan terakhir talentyme yasmin tampil dengan satu identiti yang "cliche" yang dapat dikenalpasti inilah karya yasmin. Hal inimungkin bagi yasmin mesej yang cuba disampaikan olehnya belum "melekat" di hati rakyat malaysia,lantas isu-isu yang sama digarap dandiadun semula menjadi satu naskah baru filemnya di samping menampilkan tema yang berbeza.Satu-satu kata yasmin yang tidak aku lupa ialah apbila orang bertanya apakah perasaan beliauketika menulis dan beliau menjawab menulis seperti menggali,kikta tidak tahui apa yang akan dapat apabila menggali akan terus keluar apa yang tidak kita sangka itulah menulis,kadang2 ide yang kita dapat tidak akan kita sedari, ia datang secara tiba2.Itulah yasmin dari sudut pandanganku...Satu pengarah yang kreatif dan tabah..Aku berharap lebih banyak "yasmin" akan muncul pada masa hadapan. Al-Fatihah..

Friday, July 10, 2009

PPSMI Selesai...

Pertama sekali aku mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia dan secara khususnya kepada Kementerian Pendidikan kerana berjaya membuat satu keputusan bagi isu ini. Bagi aku, pandangan aku terhadap isu ini sudah aku lontarkan pada artikel lepas dan bagi aku pabila keputusan telah dibuat kita wajar menyokongnya. Hal ini adalah satu resmi yang patut ada pada setiap rakyat. Dalam satu proses apabila keputusan belum dibuat kita wajar memberi pendapat tetapi bila keputusan telah dibuat seharusnya kita menyokong keputusan ini bagi membentuk satu suasana yang stabil dan sterusnya berharap apa yang diracang berjaya mencapai matlamt.Apa pun kita sebagai raakyat perlu tunggu dan lihat sama ada formula ini benar-benar berkesan bagi membentuk generasi berilmu.Bagiku pendapat Tun wajar dihayati.. Sekian..