Sunday, August 9, 2009

Pandangan Peribadi Berkaitan Isu Arak di Selangor

Sekali lagi "kita" dikejutkan oleh satu isu remeh berkaitan penjualan arak di kawasn majoriti Melayu. Seperti biasa, "kita" lebih banyak melatah. Bagi aku, perkara ini tidak perlulah diperbesarkan, akhbar tidak perlu terlalu ghairah mempromosikan isu ini. Rakyat Malaysia bukan tak tahu kilang arak terbesar terletak di Petaling Jaya,dan ironinya arak juga merupakan sumber ekonomi negara. Jadi ini bukan satu perkara yang baru dalam negara. Bagi aku, apalah sangat 70 tin bir, realitinya memang ramai orang "kita" telah minum. Kalau nk difikirkan secara rasional masalah tidak akan selesai sekiranya 70 tin itu yang dibuang. Kalau hati dah memang nak "minum" minumlah jugak dia.Samalah seperti orang hisap dadah susah mana pun nak dapat, carilah jugak dia. Jadi aku menyokong tindakan MB Selangor yang aku kira rasional dalam mengambil kira suasana semasa.

2 comments: