Thursday, March 4, 2010

Antara Halal dan Haram

Jaminan halal sesuatu makanan itu bukanlah terletak pada logo halalnya. Akhbar arus perdana pada lewat minggu lepas heboh berkenaan penwartaan akta halal di Malaysia. Diikuti pula oleh artikel yang menghebahkan hanya dua restoran ala kopitiam di Malaysia yang diperakui sijil halalnya.

Bagi seseorang yang suka memerhati keadaan semasa, saya melihat ini bukanlah satu fenemona yang sihat dalam negara yang hebah memperkatakan tentang kemajuan, kepesatan ekonomi dan negara dan sebagainya. Apa tidaknya, selepas artikel itu disiarkan di laman sosial contohnya facebook giat menghebahkan tentang kepalsuan sijil2 halal bagi restoran tertentu. Saya ambil contoh Old Town Kopitiam. Malangnya kedai2 ini terus dilabel sebagai menyajikan makanan yang haram. Adakah ia rasional??

Saya tidak menyebelahi mana2 pihak, yang haram tetap haram tetapi untuk menghukum mana2 restoran yang tidak mempunyai logo halal yang sah sebagai menyajikan makanan yang haram ialah satu perbuatan yang tidak wajar. Kita perlu memahami apakah sebenarnya konsep halal sebelum menghukum sesuatu makanan itu sebagai haram.

Ini bukanlah satu budaya yang baik walaupun secara zahirnya ia nampak memudahkan penduduk di Malaysia untuk mencari makanan khususnya bagi masyarakat Islam. Ia telah mebwa kepada wujudnya perasaan syubahah yang menebal dalam kalangan masyarakat Islam lama - kelamaan yang akhirnya membawa kepada kesempitan ruang pemikiran dalam hal mencari makanan. Bayangkan kiranya kita sudah terbiasa dan menjadi tabiat untuk melihat logo halal sebelum membeli makanan, bagaimanakah nanti bila mana anda berada di luar negara? adakah anda mengharapkan gadis penjual donut di tepi jalan Birmingham Street untuk mepunyai logo halal??

Jika anda sudah membiasakan diri dengan keadaan sedemikian tidak mustahil anda mungkin berasa sangsi dalam hal meilih makanan yang sebenarnya tidak serumit yang anda bayangkan. Dalam hal ini , saya teringat saranan yang pernah dianjurkan oleh bekas mufti Perlis, Dr, Asri yang mencadangkan bahawa bukan logo halal yang patut dijaja tetapi pengeluaran sijil logo haramlah yang perlu diwartakan. Ini selaras dengan dasar negara ini iaitu negara Islam, yang sudah diketahui majoriti makanan adalah halal untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment