Friday, June 19, 2009

Sekilas Pandang Korea~~

Alhamdullilah masuk 19 haribulan hampir dua minggu aku meninggalkan bumi Korea Selatan atau spesifiknya bumi Bandar Itaewon yang menjadi tempat penginapan aku sepanjang berada di sana.Korea Selatan, asalnya hanya disebut Korea tapi disebabkan peperangan Korea, ereka terpisah dalam episod perang yang amat dramatik. Bayangkan peperangan Korea yang berpunca daripada hasutan Jepun amat tragik. Penduduk Korea terpaksa membunuh sesama sendiri untuk hidup tak tumpah seperti program realiti "survivor" tapi dalam versi yang lebih kejam. Natijahnya, penduduk Korea Selatan tidak pernah merasa gentar apabila Pyonyang mengisyhtiharkan perang terhadap Korea Selatan berikutan Korea Selatan yang menandatangani satu perjanjian dengan White House yang mengatakan mereka bersama-sama menentang program nuklear Pyongyang. Hal ini berikutan mereka tahu bahawa perkara ini tidak akan berlaku dan merupakan satu retorik media massa semata-mata. Bak kata orang Korea "cukuplah Perang Korea yang dahulu kita adalah saudara Korea Selatan dan Utara tiada bezanya kita satu darah keturunan". Inilah realiti bagi orang Korea Selatan tidak mungkin Pyongyang akan menyerang mereka. Ok, dari segi sejarah Korea telah dijajah oleh Jepun selama lebih 40 tahun, bayangkan penderitaan mereka, kalau kita yang tak sampai 5 tahun pun dah cukup merana apatah lagi 40 tahun!! Tetapi bagi aku, kita patut tabik spring kepada Korea Selatan walaupun dijajah lebih 40 tahun tapi kemajuan mereka melebihi kita. Aku cukup kagum dengan mereka. Jadi di mana silapnya kita? Tanyalah menteri kita ahli parlimen kita haha, aku bersifat neutral dalam hal ini dan percaya mereka telah melakukan yang terbaik. Kebetulan, kedatangan aku telah menyaksikan kehilangan seorang jiwa besar dalam Korea Selatan iaitu bekas presiden mereka Roh Moo Hyun yang mati akibat bunuh diri dengan melompat dari atas bukit disebabkan masalah rasuah. Setelah berbual dengan pegawai pelancongan yang merupakan orang Korea Selatan apa yang dapat aku simpulkan hanya satu SADIS. Hidup Roh Moo Hyun amat sadis. Sekarang aku akan bawa kalian ke dalam satu penceritaan tentang Roh Moo Hyun yang diceritakan oleh orang Korea kepada aku dan merupakan sebab beliau layak untuk bunuh diri. Dilahirkan dalam keluarga petani, beliau berasal dari golongan miskin, perlu diingatkan di Korea orang miskin tidak mungkin dapat menjadi presiden kecuali beliau. Beliau tidak pernah ke universiti, beliau menjadi peguam dengan belajar sendiri dan mengambil peperiksaan dan lulus lalu menjadi peguam. Ini menyebabkan orang bwahan beliau tidak menghormati beliau dengan alasan beliau yang tidak masuk universiti. Ketiga, beliau layak bertanding pilihan raya disebabkan wang raih simpati dari orang ramai. Presiden Roh dikenali sebagai insan yang amat mulia,beliau hanya merupakan orang yang benar-benar berjuang atas dasr rakyat. Oleh itu, apabila beliau tidak mempunyai wang untuk bertanding, beliau telah meminta belas ihsan orang ramai dalam laman blog nya. Atas dasar itu kebanyakan rakyat telah membuat derma kilat bagi embantu beliau dan menjelang pilihan raya lori yang sarat dengan tabung kecil tiba di rumahnya dan selepas dikira jumlahnya, cukup untuk beliau bertanding. Keempat, disebabkan beliau terlalu jujur media massa tidak menyukai beliau,akibatnya apa saja kenyataan beliau sering diputar belitkan oleh media massa, ini meyebabkan rakyat sentiasa tersinggung dengan tindakan beliau yang disalah erti. Sebagai contoh, orang kaya di Korea suka membeli rumah dengan banyak supaya dapat menyewa kepada golongan marhein yang rata-rat tidak mampu untuk membeli rumah. Jadi, Presiden Roh yang sedar akan tindakan itu telah meluluskan dasar satu keluarga sebuah rumah,dan mana-mana individu yang mempunyai lebih daripada sebuah rumah akan dikenankan cukai yang tinggi. Ironinya, rakyat yang keliru dengan media telah menganggap Presiden Roh sengaja meninggikan cukai supaya rakyat biasa tidak mampu membeli rumah. Hal ini berikutan media massa di Korea dikuasai oleh golongan2 jutawan ekspatariat, oleh itu mereka sering memutar belitkan fakta, Presiden Roh yang tahu akan hal ini telah menggunakan kuasa vetonya supaya media menceritakan perkara yang benar2 terjadi kepada rakyat dengan mengandaikan rakyat berhak mengetahui perkara sebenar yang belaku dalam negara. Kelima, beliau merupakan pemimpin yang amat bersih dari gejala rasuah sehinggakan setelah tamat berkhidmat sebagai presiden beliau masih mempunyai hutang. Silapnya dalam era yang penuh muslihat ini, seorang ahli politik tidak harus menjadi terlalu mulia seperti itu. Keenam, setelah beliau tamat berkhidmat beliau terus mengubah hidup beliau menjadi seorang petani,katanya dia ingin hidup seperti orang kebanyakan ini adalah satu kesilapan maksud aku tidak mungkin seorang bekas presiden menjadi seorang rakyat biasa. Adakah ini logik??, tetapi beliau telah membuktikannya.Ketujuh, beliau telah mengaku secara terbuka bahawa beiau telah bersalah atas dakwaan rasuah walaupun belum dibuktikan bersalah oleh badan pencegah rasuah,seharusnya beliau patut mendiamkan diri sehingga kes selesai. Secara ringkasnya, ketujuh2 sebab di atas menyebakan beliau layak untuk bunuh diri. Hakikatnya, kes rasuahnya sebenarnya telah dirancang oleh kerajaan. Secara telitinya wang yang diterima sebenarnya bukanlah rasuah tetapi hanya wang ihsan daripada individu yang selama ini telah menyara kehidupannya sewaktu beliau kanak2. Tambahan pula, wang itu bukan diterima oleh beliau tetapi isterinya,oleh itu mengapa ingin menyabitkan beliau?? Jelas ini adalah satu konspirasi kerana setelah beliau mati,kes ini sudah ditutup. sebenarnya banyak lagi fakta2 menarik tentang Presiden Roh yang patut kalian ketahui,sama2 lah kalian mencarinya,barula bes :). Hal inilah yang membuatkan kehilangan beliau merupakan satu peristiwa yang paling sedih sperti kata orang Korea mereka begitu sedih kerana belum sempat menyelami pemikiran,tindakan Presiden Roh hinggalah ke hari ini. Perlu diketahui, perkara yang menarik tentang orang Korea ialah pemikiran mereka yang berbeza dengan kita, hal ini merupakan satu gaya pemikiran baru korea iaitu berkerja keras untuk dinikmati dan bukan untuk disimpan. hal ini menyaksikan satu fenomena di mana orang Korea tidak begitu kisah kan dolar dan sen tetapi lebih cenderung kepada pengisian hidup. Ini jelas terbukti dengan rata-rata golongan marhein Korea tidak mengira umur sudah mampu memakai jenama2 atarabangsa seperti Gucci, Prada ,Ferragamo, dan sebagai nya, atas permintaan itu, sebuah kompleks beli belah terbesar di Korea telah beroperasi sehingga lewat 5 pagi!!. Jaringan pengangkutan mereka tidak banyak bezanya dengan KL tetapi apa yang menarik hampir seluruh kawasan laluan tren hanya dikenakan bayaran selaras iaitu 1000 won =Rm2.97. Selain itu, masyarakat Korea begitu berbeza dengan masyarakat China yang boleh dikatakan pengotor. Di Korea, tandas stesyen LRT nya sudah boleh melebihi tandas KLIA.(stesyen LRT yang biasa= stesyen universiti dan bukan setaraf KL sentral). Dari segi kos sara hidup, jika nak dibandingkan dengan kita jauh berbeza, bayangkan segulung kebab di tepi jalan saja boleh mencecah RM18!! bersamaan 6000 won. Hal ini berikutan pendapatan mereka yang tinggi, gaji bagi seorang pekerja makanan segera boleh mencecah 2000 Dollar US. Jadi,bagi mereka tidaklah menjadi satu bebanan. Coffee Bean, Starbucks hanyalah sama seperti kedai mamak di Malaysia. Ini bermaksud ia bukanlah dianggap mahal oleh penduduk di sana. Akhir sekali, dari segi kehidupan sosial,mereka jauh lebih baik berbanding kita. Tiada gejala mat rempit dan sewaktu dengannya walaupun di sana sini terdapat hampir puluhan kelab untuk dikunjungi,itu baru di sebatang jalan. Tidak timbul soal, masalah remaja bermasalah dan sebagainya. Hal ini mungkin kerana mereka sudah biasa dengan aktiviti2 itu, berbeza dengan kita, remaja masuk kelab dianggap hebat,stylo, moden dan sebagainya. Suka aku berfikir, mungkinkah kita perlu membuka ruang seluas2nya untuk remaja menikmati hidup??,maksudku seperti Korea ,aktiviti2 malam nya diadakan secara terbuka termasuk kegiatan2 seksnya tanpa ada selindung. Mungkin lima tahun pertama indeks jenayah sosial negara akan meningkat tapi bagi jangka masa panjang,mungkin masyarakat sudah biasa dan kadar jenayah sosial akan menurun kerana resam manusia ingin melakukan apa yang dilarang jadi apabila perkara menjadi biasa tidak ada apa yang akan dibanggakan sekiranya dilakukan. Inilah apa yang aku rasa terjadi di Korea dan juga negara2 lain. Jadi amacam,, "berani ke tak Dato' Seri??"haha..kamsa hamida~~

2 comments:

  1. fadzliana a.k.a leynaJune 19, 2009 at 7:16 AM

    suka i petik dari 11 baris terakhir itu...
    mungkin! mungkin kita patut terlebih terbuka tentang isu-isu sensitif tu, dengan harapan dan tujuan yang belum pasti hendaknya, remaja akan tidak terlalu taksub kerana meraka sudah biasa didedahkan engan isu2 tu. but this is just my sekilas pandang punya pandangan... kita ada karma..ironinya,we Msian isnt too open in that way of life.itu yg pasti..

    ReplyDelete
  2. weh!..bgus gak cita hg ni...
    tp btoi la..aku mmg respek cara pmikiran org korea..
    bkn pnghujung sesuatu pekerjaan yg depa nk...tp pngisian ke penghujung ssuatu pkrjaan tu...
    bak kata Ken Blanchan dlm heart of leadership :- klau duit gaji yg kita tgok untuk satu pekerjaan tu..umpama bermain tenis smbil tgok scoreboard ja tnpa memndang bola tenis tu...
    haha!..pndai2 ja aku reka...tp btoi la apa yg aku ckp tu...
    jd..btoi la awang..pmikiran mmg memainkn peranan pnting dlm mmbngnkn sesebuah negara dn bngsa...
    apa2 pn..crita la pasai awek2 korea plak weh...haha!..ckup2 la dgn sejarah tu..

    ReplyDelete