Thursday, August 20, 2009

Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Merdeka 2009

Anugerah Merdeka merupakan satu anugerah yang merupakan satu model yang menyamai anugerah Nobel. Tahun lepas menyaksikan Prof. Diraja Ungku Aziz dianugerahkan anugerah ini.Anugerah ini juga merupakan acara tahunan dan terbahagi kepada beberapa kategori.Tahun ini menyaksikan tiga warga UTM menerima anugerah tersebut. Aku mengucapkan tahniah kepada para pemenang terutamanya kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang. Pengalaman bersama beliau sewaktu haluansiswa UTM membuatkan aku berasa layak beliau menerimanya. Ucapannya bersahaja tetapi penuh inspirasi. Tak lupa juga kepada dua lagi warga UTM Prof. Dr. Halimaton Hamdan dan Tun Fatimah Hashim yang merupakan bekas Pro Canselor UTM dari 1995 hingga 1998 turut menerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pendidikan.

2 comments:

  1. alf atihah utk prof OKU kite,,
    yg bru shja meninggal dunia mggu lepas,,
    al fatihah,,,,

    ReplyDelete