Thursday, June 18, 2009

Isu Bahasa Inggeris

Setelah Menteri pelajaran baru kita Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bahawa Bahasa Inggeris akan dijadikan subjek wajib lulus SPM seperti mana Bahasa Melayu dan beliau meminta pandangan awam tentang cadangan tersebut, ini menunjukkan satu petunjuk yang baik iaitu suara awam telah diiktiraf secara rasmi. Ironinya, seperti biasa apabila langkah pandangan awam diambil kira, orang kita lebih cepat melatah. Orang Melayu, namanya Melayu cukup sinonim dengan budi bahasanya. Jikalau marah, masih boleh mengukir senyuman kalau tidak masakan terdapat pepatah "kera di hutan diberi makan, anak di rumah mati kebuluran", manisnya bangsa Melayu. Aku bangga menjadi orang Melayu!!. Namun Melayu juga terkenal dengan sifat malasnya, sifat lekanya, sifat tamaknya, kalau tidak masakan Pak Kaduk boleh tergadai kampungnya kalu bukan kerana leka, tamak. Hakikatnya, bangsa Melayu tidak akan maju selagi tidak berada dalam keadaan tertekan , selagi tidak susah orang Melayu tidak akan sedar di mana tahap mereka. Dalam isu Bahasa Inggeris, aku cukup tertarik dengan pandangan Tun Dr. Mahathir melalui laman blognya, coretnya, kalau subjek Sejarah pun tidak jadi subjek wajib, Bahasa Inggeris pun tidak jadi subjek wajib habis apa yang perlu diwajibkan??, kalau tak mahu susah jangan pergi sekolah!!. Orang pergi sekolah untuk meningkatkan tahap ilmu bukan nak berada dalam keadaan selesa... Ok, kalau kita lihat pandangan Tun, cukup sinikal tapi mencukupi untuk kita fahami bahawa matlmat Tun hendak melihat rakyat Malaysia "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi", dengan negara-negara asing. Kalian semua tunggu apa lagi?? ada otak fikir sendiri. Walaubagaimanapun syabas Tun!!.

No comments:

Post a Comment