Saturday, June 20, 2009

Kerajaan Perpaduan Satu Retorik atau Kesungguhan??

Aku menatap akbar the Star hari ini terpampang satu ayat "PAS fall out"..begitu juga dengan semalam masih the Star dengan muka depan bertajuk "Nik's Fury" sejenak aku berjeda berfikir apalah lagi yang akan berlaku pada negaraku yang tercinta ini. Terbaru hangat kisah tentang kerajaan perpaduan yang ide nya dicadangkan sendiri oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Hakikatnya, ide ini masih terlalu rapuh untuk menjadi satu asas kepada kerjasama antara UMNO dan PAS. Jika ditanya pada Hadi Awang sendiri, aku pasti beliau tidak mempunyai satu jawapan yang jitu terhadap konsep kerajaan perpaduan ini. Begitulah juga dengan konsep Satu Malysia yang giat diuar2kan saban ini, jikalau ditanya pada Dato' Seri Najib sendiri beliau tidak dapat mengupas secara dalam apakah yang dimaksudkan dengan konsep Satu Malaysia. Adakah ia menyerupai konsep Malaysian Malyasia yang satu masa dulu menjadi perjuangan parti pimpinan Lee Kuan Yew?? Aku sedar bahawa persoalan ini sudah terjawab tetapi kalau kita lihat pada jawapannya. terus terang bagiku ia masih pada persoalan pokoknya tapi bukan menjawab dari segi akarnya. Mengapakah hal ini terjadi?? Sebenarnya konsep Satu Malyasia adalah satu konsep yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi meraih sokongan rakyat terutamanya kaum Cina,India dan lain2. Hal ini kerana, selepas PRU 12 baru2 ini jelas menunjukkan sokongan bukan bumiputera terhadap kerajaan semakin berkurangan,lantas Dato' Seri Najib sewaktu dilantik sebagai Perdana Menteri terus hadir dengan konsep Satu Malaysia.Persoalannya, mengapakah kerajaan begitu dayus dan harus tunduk pada kehendak mereka yang semakin lama semakin rakus ini?? Tidak lain dan tidak bukan berpunca dari kita sendiri orang Melayu!! Tidakkah kalian sedar kita semakin berpecah?? Jikalau Melayu bersatu, hal ini tidak akan timbul. Hal ini kerana, ini tanah kita, tempat di mana tumpah darahnya kita. Mengapa kita berpecah?? Aku tidak faham dengan segelintir orang kita,mereka seakan2 ditutup oleh kain hitam,mereka tidak memandang tapi melihat. Tidakkah mereka sedar bahawa ketua pembangkang iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim mempermainkan mereka??? dari isu peralihan kuasa 16 September hinggalah ke isu Chin Peng jelas beliau sedang memperkotak - katikkan kita. Bagiku, beliaulah dalang di sebalik perpecahan orang Melayu. Ya!!, beliau dianiayai oleh Tun, aku juga tahu hal itu, malah sehinngga beliau dibuktikan tidak bersalah atas tuduhan liwat aku masih penyokong kuat beliau. Tetapi, bermula tamatnya tempoh penggantungan aktiviti politiknya jelas beliau telah menjalani satu transformasi yang amat drastik. Mula menyertai UMNO melalui ABIM jelas misi dan visinya ingin melihat UMNO menjadi satu parti yang bebas dari rasuah dan masalah politik yang lain tetepi akhirnya disebabkan tuduhan liwat, segalanya berubah. Aku bukanlah seorang yang amat pro kerajaan tetapi bagiku UMNO patut diberi pujian kerana,kesudiannya untuk mengaku bahawa ya!! memang terdapat masalah rasuah dalam parti kami yang bagiku bukan sesuatu yang memalukan tetapi patut dihormati. Bukan senang bagi sebuah parti yang gah dapat mengakui terdapat gejala rasuah di dalamnya. Aku pasti sama ada PAS, DAP, PKR pun belum tentu dapat mengakui secara terang terangan tentang masalah rasuah sekiranya mereka terlibat. Muak,mual,, jelik aku apabila orang mengaitkan UMNO dengan rasuah. Hey!! sedarlah kalian, UMNO itu bukan setahun mentadbir negara bukan 10 tahun,bukan 20 tahun tetapi hampir 52 tahun!! ia bukan sesuatu yang pelik jika terdapat rasuah sepanjang tempoh memerintah tetapi ia akan menjadi sesuatu yang pelik jika tidak yerdapat rasuah sepanjang tempoh memerintah. Kalian!!,sedarlah menteri2 itu bukan malaikat ini adalah satu realiti apabila anda mempunyai kuasa akan terdapat rasuah. Ok berbalik pada tajuk kita disebabkan perpecahan Melayu inilah timbul satu konsep yang dipanggil Kerajaan Perpaduan. Sebenarnya, konsep ini bukanlah stu perkara yang baru di dunia, Britain pernah melaksanakanya. Ironinya, ide yang datang dari orang PAS tetapi dibangkang semula oleh orang PAS. Apakah sebenarnya yang terjadi?? Adakah Hadi sengaja ingin melihat reaksi awam dengan mengusulkan ide ini?? bagi aku konsep kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang baik dan wajar dilaksanakan dalam suasana politik tika ini. Ya, pasti kerana keadaan Melayu yang semakin parah penyatuan bagi kedua2 parti ini adalah wajar dilakukan. Dalam hal ini, aku cukup menetang pandangan daripada Tun Dr. M dan Tuan Guru Nik. Kedua2 insan ini jelas menolak ide perpaduan ini dengan alasan cliche yang aku menyampah iaitu "dulu sudah pernah bergabung tetapi tak berjaya". Aku lebih kecewa dengan Tuan Guru Nik dengan imej Islamiknya dia menentang ke arah penyatuan bangsa untuk perpaduan ummah dan martabat agama dan bangsa. Yang peliknya apabila bergabung dengan orang kafir beliau setuju,suka,malah mengalu-alukan dan sanggup mengikut telunjuk mereka, adakah ini wajar?? Apakah ini tindakan yang patut?? Lebih menyedihkan, hari ini 10 orang perwakilan PAS daripada 23 bertindak membuat kenyatan akhbar bahawa mereka menyokong Nik Aziz yang tidak bersetuju untuk melaksanakan kerajaan perpaduan. Adakah ini yang dianjurkan Islam wahai pendukung parti Islam?? Dalam hal ii aku suka melihat reaksi UMNO yang tampak lebih tenang menghadapi hal ini. Sementara itu, satu sudut yang lain PAS telah meletakkan syarat bahawa kerajaan perpaduan akan dilaksanakan sekiranya rakan2 pakatn rakyatnya diambil kira.Apakah ini?? jelas konsep dan tujuan kerajaan perpaduan itu tidak dihayati dengan sepenuhnya, jikalau itulah yang mereka mahukan apakah ini akan menjamin kepada pengembalian kuasa dan penyatuan orang Melayu?!! PAS umpama bermain layang2 dengan perkara ini. Jadi, kerajaan perpaduan ini adakah ia sekadar retorik? atau satu kesungguhan??..

5 comments:

  1. hey..buat la perenggan..

    isi penting boldkan..

    susah nk bc la syg!

    ReplyDelete
  2. ye...
    setuju sngt2..
    nta ape nak jd lg kat ngre nie pon tak tau la...
    sume pihak ade kpntgn masing2...
    yg peliknye...
    org melayu sndri tak sedar2...
    biarkan je ape org nak wat kat atas kite...
    mane pegi smngt dulu2 pon tak tau la...
    balek2 soal rasuah yg diutarakan...
    da takde idea laen ke..
    lebih baek masing2 duk berpikir ape yg kite patut wat untuk slesaikan sume bnde2 nie..

    ReplyDelete
  3. weh...menarik pndgn hg tu...aku xbrminat la psai dunia politik ni....tp xbrmkna aku xamik taw lngsung...nway..tu la kelemahan UMNO..hg dh ckp dh td....dh lbih kurang 52 thn dh depa mnjajah malaysia...ni msnya ntuk kita tukaq plak kerajaan lain...tgok la PRU 12 tu...xbnyk dh yg skong BN..sbb rakyat dh mula sedar...bgus..syabas kpd rakyat..depa dh jemu dgn pmerintahan UMNO...klau nk diikutkn sejarah KBSM tu..mmg UMNO ni mmg baik..tu la yg kita belajaq dari buku tu...tp reality byk yg brlaku dlm umno ni...byk penyelewengn hrta kerajaan, duit rakyat kpd projek2 yg kdg2 xmunasabah...haish..selamatla jmbtn kedua pulau pinang depa xbuat...isu kapal selam...isu jet..em..maleh la nk ckp..aku xdak bukti pn...ye la..mcm2 projek dijalankn kononnya ntuk rakyat...tp tgok la...tanah rakyat dlu...yg depa usahakn diambik kerajaan..dijual ntuk projek....rakyat dbayar xseberapa malah dikenakn cukai lg...projek pmbangunan dibagi kt kroni2 depa ja...klau xpcaya bleh tnya pak aku ka..pk long aku ka...kdg2 smpai nk kena bodek org2 depa ntuk nk jlnkn satu projek...ish2..mmg la...pemimpin skrg bknnya malaikat...tp xkn nk ikut setan kot...jgn la nk perbodohkn rakyat...jgn la nk tipu rakyat...jgn la nk putar belitkn masalah....dulu ckp ekonomi malaysia skrg bagus...ekonomi kita terbaik di asia tnggara stakat ni...tp tut2 kuaq plak brita kata seramai beratus ribu pekerja kerajaan dn kompeni2 brkaitan dgnnya akn ditrunkn gaji dn ada yg akn dibrhentikn...em klau nk tgok negeri mana yg sokong BN sjak dulu lg dn apa yg jadi kt depa..tgok la sarawak...maju ka sarawak tu.?..jurang prbezaan pndapatn skit ka rendah..?..sarawak byk hasil bumi kn?..tp awat?..ha!..msti la sbb mnteri sarawak tu..haish..tgok la apa yg Abdul Taib Mahmud buat dgn projek pembalakn kt sarawak tu...curruption happened there...fmily dia kaya nk mmpuih...projek dok bg kt kroni2 n fmily dia ja..tgok apa jd kt rakyat sarawak yg dok skong dia...em...k lah...malas dh nk taip..mmg bnyk klau kita nk carik kesalahn org...jd apa2 pn btoi la kata awang..kita prlu brsatu...rakyat perlu brsatu ntuk mnntukn siapa pmimpin n mnntukn ms depan malaysia...tp bg aku..bgus la...PRU 12 tu dh mmbuktikn kata rakyat mahukn pmbaharuan..depa dh bosan dgn pemerintahan BN..jadik...apa2 pn...sekian...n this is my opinion only k... =)

    ReplyDelete
  4. wahh. ang nie ahli politik la wang.
    baguih nouh ang nie.
    =D

    ReplyDelete
  5. ok2
    aku nk bg pndpt aku,,
    ko rase psl stadium rntuh,,
    sape yg slah??
    kerajaan???
    kontrktor??
    mat indon wat keje tu??
    qs??
    bagi pndapt

    ReplyDelete