Sunday, June 21, 2009

Program TV, Mentaliti dan Arah Tuju Negara.

Perkara ini telah lama berlegar di ruang benak fikiranku. Namun tidak ada kesempatan untuk aku berpolemik tentang hal ini melainkan bersama keluargaku yang lingkungannya agak kecil. Isunya hanya satu kita telah disajikan dengan lambakan karya picisan sama ada dari program tv hinggalah ke bahan bacaan. Aku tahu polemik kali ini yang aku bawakan tampak mudah,bukanlah sebuah isu negara yang hangat diperkatakan. Tetapi, bagi kaca mataku perkara ini amat penting, tambahan pula negara yang kian maju bnayak bergantung pada media massa untuk menjan sebuah negara yang gemilang sama ada dari segi ekonomi atau organisasi sosialnya. Sebagai contoh, kini rakyat tidak hanya bergantung pada mamak penjual akhbar saja untuk membaca akhbar dengan hanya satu klik kita dapat membaca seluruh akhbar dalam negara ini. Aku sudah mual, muak dengan apa yang disajikan di stesyen televisyen kita. Kadang2 aku berfikir adakah patut saban hari negara kian amju kita menampilkan hiburan bertaraf sampah kepada masyarakat??? Apa yang aku pelik rata2 masyarakat Malysia terutamanya orang MELAYU dapat menerima hiburan picisan seperti ini. Aku ambil contoh drama bersiri lakonan Liyana Jasmay yang bertajuk Mawas dan... ataupun Bionik..Apa ini??? Adakah ini menunjukkan kematangan kita berkarya?? Jangan cakap tentang mesejla..Semua orang boleh mencipta mesej sendiri. Ini bukan soal mesej tapi kualiti. Apa yang disajikan kepada masyarakat sebenarnya memberi impak besar terhadap mentaliti masyarakat. Aku tidak setuju dengan segelintir insan yang mengatakan mereka gemar menonton cerita seperti ini kerana kurang berfikir,ringkas ditambah dengan elemen mencuit hati. Aku tidak kata kita perlu membuat cerita berat sepanjang masa, aku tidak kata kita perlu menerbit filem semacam "1957 Hati Melaya" setiap masa, tetapi kita perlulah membuat satu cerita yang berkualiti. Kalau kisah cintanya perlulah ada nilainya, aku suka melihat karya Khabir Bhatia,bagiku beliau adalah seorang pengarah yang berjaya membawa dimensi baru dalam filem Malaysia. Mungkin idenya dalam filem Cinta, Love dan Sepi serupa iaitu dengan menagmbil banyak kisah dalam satu filem tetapi apa yang lebih penting apa yang digarapnya tidak bersifat cliche. Mungkin kalian terlepas untuk enontot filem2 arahan beliau, terbaru karyanya boleh ditonton di tv3 setiap hari Jumaat jam 9,bertajuk NurKasih. Lihat saja teknik pencahayaan, penata bunyinya, semuanya berbeza dengan drama Melayu yang kita lihat sebelum ini. Aku bukanlah seorang yang kolot atau terlalu serius sehingga tidak menonton drama komedi, bagiku drama Cinta Gila adalah satu karya yang enak untuk ditonton, ia bersifat ringan tetapi tetap mempunyai mesej yang jelas. Aku pelik mengapakah kita terlalu banyak menghasilkan program realiti berbentuk dunia hiburan??Adakah ini hala tuju negara? Menghasilkan lebih banyak pelapis artis..adakah itu yang kita mahu?? Sehinggakan dari peringkat kanak2 pun kita sudah mempunyai program unuk mencari bakat menjadi artis. Suka aku untuk menegaskan, aku bukanlah seorang paranoid bagi hiburan. Aku juga tidak nafikan hibutan dalam kehidupan seharian. Tetapi kadar pertumbuhan program realiti yang mengasah bakat menjadi artis terlalu banyak. Hasilnya, negara menghasilkan lambakan artis yang tidak ada kualiti atau dikenali sebagai artis mi segera saban tahun. Ini adalah satu perkara yang amat mebimbangkan, dari lambakan artis inilah akan menghasilkan program tv picisan yang akan ditonton oleh masyrakat marhein negara dan akhirnya akan membentuk satu generasi masyarakat yang bermentaliti rendah dan jika kita hendak lihat lebih jauh lagi masyrakat inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan yang seterusnya membawa kepada kemunduran negara akibat mentaliti yang rendah. Sekarang dapatkah kalian berfikir betapa pentingnya pengaruh program tv terhadap negara?? Sekali lagi aku ingin menjelaskan aku bukanlah anti program realiti, apa salahnya kalau kita meniru program realiti seperti negara barat? mereka mepunyai begitu banyak model yang patut kita tiru dan akhirnya dapat membawa kepada kemajuan negara. Aku ambil contoh, program big loser, satu program realiti yang bertujuan untuk menurunkan berat badan peserta. Ok, mari kita lihat jika saban tahun 10 peserta dipilih untuk menyertai program ini dan mereka berjaya menurunkan berat badan kepada berat yang lebih ideal. Tidakkah negar mendapat keuntungan?? Hal ini kerana mungkin negara telah dapat menjimatkan 10 rakyatnya dari mati akibat diabetes, dan mungkin juga dengan hidupnya 10 peserta ini mereka dapat bekerja dengan baik dan akhirnya menjana ekonomi negara, dan mungkin juga dari 10 peserta 4 daripadanya telah berkahwin dan dengan hidupnya 4 orang ini mereka dapat menghasilkan anak yang lantas dapat menjadi tenaga kerja negara pada suatu hari nanti. Lihat, besarkan impaknya?? Tetapi, aku tahu aku tidak boleh menyalahkan penerbit semata2, program seperti ini mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana tiada penaja yang berminat. Mengapakah tiada penaja yang berminat? Jawapannya hanya satu kerana tiada permintaan yang tinggi terhadap program seperti itu,rata2 rakyat masih gemar melihat program realiti hiburan semata2. Mengapakah ini terjadi? Berbalik kepada perkara pokok kita iaitu mentaliti kita. Itulah yang aku hendak sampaikan, mesejnya hanya satu, tingkatkan mentaliti kita!! Jadi, bagaimana hendak meningkatkan mentaliti kita? Mungkin kita boleh bermula dengan perkara yang paling mudah, iaitu melalui hiburan yang berkualiti. Kesempatan ini, aku tidak setuju dengan tindakan TV3 yang menampilkan slot keliwon yang jelas membawa kita ke satu zaman kolot. Jikalau inilah yang diminati orang kita,kita tidak akan maju. Mana mungkin kita maju apabila kita melakukan sesuatu terlalu bnayak pantang larangnya yang entah apa2. Aku tidak menolak makhluk ghaib bahkan kita wajib mempercayainya, tetpai dengan mengembar-gemburkan perkra sperti ini sebenarnya ialah satu perkembangan yang tidak sihat. Sekali lagi, .melalui pemerhatianku masyarakat MELAYU kita, suka membaca akhbar jenis tabloid, yang paling ketara ialah harian Metro.Ingin aku jelaskan jika inilah yang menjadi santapan kalian untuk mendapat maklumat..mundurlah kita..Apakah perkara yang dapat aku terima tika negara sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan tiba2 terpampang sebagai contoh muka hadapan akhbar tabloid Bapa rogol anak? Tetapi yang sedihnya, inilah yang menjadi sebahgian besar pilihan rakat Melayu MAlayasia..Apakah yang sudah jadi?? Adakah kalian berfikir kiat akan maju sekiranya terlalu melihat tentang isu yang bersifat setempat sperti ini??sedarlah dalam zaman yang serba moden ini, kita tidak boleh melihat perkara bersifat setempat lagi, ini bukan jalan untuk kita maju ke hadapan. bagi filem pula, kita tetap di tahap yang mengecewakan..Aku kecewa filem seperti Bohsia, Congkak, Antoo Fighter, dan berlambak lagi karya picisan yang menjadi pilihan penonton Malaysia. Aku tidak menyalahkan penerbit secara kseluruhannya, permasalahnnya, karya seperti inilah yang mendapat tempat di hati penonton!! Penerbit adalah insan yang berniaga, yang secara jelasnya hanya memikirkan dolar dan sen. Inilah yang perlu kita ubah pemikiran penonton,berbalik kepda bagaimana hendak mengubah pemikiran ? ia perlulah mempunyai mentaliti kelas pertama. Seorang berfikiran tinggi tidak mungkin bersa seronok melihat karya2 picisan yang dilihatkan sebagai mebuang masa untuk menontonnya. Perlu diingat, untuk mencapai mentaliti yang tinggi tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi, walaupun aku tidak nafikan itu juga menjadi faktor kepada pembentukan insan yang bermentaliti tinggi. Aku suka menyentuh kaya Yasmin Ahmad yang dilhat sebagai bosan oleh segelintir pihak dan mungkin juga dianggap kontra dalam kehiupan masyarakat Melayu khususnya. Sepanjang menonton filem Yasmin dari Sepet ke Talentime, natijahnya, objektif Yasmin hanya satu, ingin membuka ruang pemikiran masyarakat Malaysia khususnya Melayu ke arah satu pandangan situasi normal dari sudut lain. Ok, sebagai contoh berbuat baik kepada haiwan. Dalam karya Gubra seingat aku ada babak di mana seorang imam yang balik dari solat subuh mengusap2 seekor anjing di jalan. Mungkin, ini tidak dapat diterima dalam masyarakat Melayu, tetapi terdapat satu hadis shahih di mana seorang pemuda dapat masuk ke syurga setelah menyelamatkan seekor anjing yang kehausan. Ini menunjukkan Islam tidak pernah melarang kita berbuat baik kepada binatang, lagi dalam babak itu jelas anjing itu dalam keadaan kering seperti apa yang disepakati para ulama"kering sama kering suci tanpa khilaf",ini bermakna pemuda tidak perlu meyamak tanganya. Tetapi yang menjadi masalah eksperimen Yasmin untuk mengubah cara pemikiran orang kita tidak pernah berjaya sepenuhnya. Inilah yang mebuatkan setiap kali filemnya dihasilkan elemen2 yang dianggap kontrovesi ini wajib ada. Aku menganggap usaha Yasmin ini patut diberi pujian. Apabila masyrakat dapat berfikir secara rasional, tanpa terlalu mengikut kebiasaan yang ditetapkan hasilnya adalah satu keputusan yang matang dan tepat. Walaupun barat sering dimomokkan dengan budaya kuning yang akhirnya membawa kepada masalah sosial dan akan memberi kesan kepada negara tetapi mereka bijak menggunakan media sebagai alat untuk mengimbangi pemikiran rakyat mereka. Lihat sajalah berbagai2 program dokumentari yang menarik terbitan mereka, ditambah dengan program realiti yang mebawa kepada penjanaan kontrak sosial negara. Bagi aku perkara inilah yang dapat mengekalkan mereka sebagai negara yang terus maju dan menjana pelapis yang bemutu sebagai pimpina negara pada masa hadapan. Jadi kalian, sipakah yang ingin berkata program tv hanya sekadar hiburan ringan semata??

3 comments:

  1. amir..nextym..tulis brapa patah perkataan naaa~

    cikgu malas nk mark ney~

    nk bg gred pon susah~

    hehe...

    amir~u shud have ur own ruangan in newspaper/magazine!!!

    u impress me wit ur writingngsss!!!

    ReplyDelete
  2. awang..
    bgus la pemikiran hg..

    lpas ni tgk cta The Arrival..
    dokumentari besiri kedatangan dajjal...
    ada part cerita pasal peranan MEDIA..
    hebat..

    tgk la..

    ReplyDelete
  3. wow! btol la ape yg u ckp. kbnykan org x brape minat crita yang berkonsepkan psychological dan sbgnya sbb ianya dianggap membosankan, sedangkan cerita2 mcm tue la yg byk membantu dalam perpaduan serta membuka mentaliti setiap lapisan masyarakan secara lebih meluas. Pandai Allahyarham Yasmin Ahmad buat citer, tapi skang dia dh x de, so agaknye, sape la pengganti dia?

    ReplyDelete