Selalu saya melewati laman blog anti-kerajaan untuk mengetahui apa perkembangan terbaru negara. Bagi saya ia adalah sesuatu yang memualkan untuk saya membaca sokongan dan pujian untuk kerajaan dalam laman blog, hal ini bukan beerti saya penyokong pakatan rakyat tetapi pujian sedemikian banyak dapat kita dapati dalam media cetak utama negara.Jadi sebagai insan normal pastilah kita ingin mencari sesuatu yang lain dari ruang lingkup pembacaan kita.
Saya tidak memandang pujian itu jijik atau kritikan itu suci, bagi saya pujian dan kritikan adalah perkara yang perlu bergerak secara seiring bagi membentuk satu negara yang stabil secara holistik. Seperti kata Tun Mahathir, adalah hipokrit bagi seseorang yang mengaku dirinya suka dikritik.
Meminjam tajuk dari buku karangan Karim Raslan Ceritalah 1 "Malaysian in Transition" , saya ingin menyentuh satu konsep yang Karim nyatakan yang saya kira sesuai untuk diketengahkan dalam tulisan ini. Bercakap tentang Karim, secara ringkasnya beliau merupakan seorang peguam lulusan Cambridge, England. Beliau banyak menghabiskan masa merantau di sekitar Asia Tenggara bagi melihat perkembangan politik dan ekonomi bagi sesebuah negara. Seperkara yang menarik perhatian saya tentang Karim ialah peristiwa kemalangan yang meragut ayahnya ketika memandu kereta lamborghini pada sekitar tahun 70-an di Kuala Lumpur. Ironinya, Karim mengetahui punca sebenar kematian ayahnya selepas satu tempoh yang agak lama. Ketika ditanya mengapakah beliau tidak menulis blog, (lihat buku Ceritalah 3 " Malaysian : A dream deferred") ujar beliau, sebagai seorang peguam , beliau ingin melihat kebebasan penulisan dalam akhbar, dan salah satu usaha ke arah itu ialah dengan tidak mencari alternatif lain untuk menyalurkan ide bahkan menggunakan ruang yang ada secukupnya untuk menulis dalam akhbar, sambil mengakui dirinya sedikit "old-timer".
Dalam konsep kita bukanlah hidup dalam dunia yang "ideal" yang diketengahkan oleh Karim dalam Ceritalah 1, saya amat bersetuju dengan konsep ini dan berharap sebahagian besar daripada rakyat Malaysia juga dapat bersependapat dengan saya bagi untuk bersetuju dengan konsep ini. Pandangan saya melihat, rata2 warga Malaysia khususnya tidak dapat membezakan sesuatu yang realiti atau fantasi yang sebenarnya adalah retorik semata2.
Perlulah diingat, dunia ini juga dihuni oleh insan yang memakai kopiah semata2 untuk tujuan perniagaan, juga dihuni oleh pakcik teksi yang mengaku pernah tinggal di kawasan kampung kita semata2 untuk memberikan perasaan selesa kepada kita supaya dapat mengenakan bayaran lebih dan juga dunia ini juga dihuni oleh sepasang kekasih yang mengaku mencintai pasangannya selama2 tetapi akhirnya hanya bertahan selama dua minggu. Hakikatnya, jika kita dapat memahami konsep ini, banyak perkara dapat diselesaikan dengan cara yang lebih mudah. Sebagai contoh, saya mengambil contoh perkara yang selalu dibangkitkan dalam suasana politik kita iaitu gejala rasuah atau dipanggil korupsi atau budaya kronisme mungkin perkara2 seperti ini memang jelas satu unsur yang tidak baik atau secara kerasnya haram untuk dipraktikkan. Ditambah pula , hal2 seperti inilah yang dimainkan oleh puak2 pembangkang bagi menunjukkan betapa hodohnya pemerintahan kerajaan tika ini. Tetapi berbalik kepada apa yang saya jelaskan tadi tentang penghuni dunia ini, adakah ia mudah atau adakah ia dapat dilaksanakan satu sistem yang bebas daripada amalan2 ini??
Secara logiknya, adakah anda berfikir dunia ini boleh "hidup" tanpa amalan2 ini?? Di sini saya ingin tegaskan bahawa saya bukanlah penyokong atau pendukung kepada amalan ini tetapi saya sedar akan keadaan realiti semasa bahawa sebnarnya ia mustahil bagi kita pada zaman ini untuk mewujudkan satu sistem yang betul2 bebas dari korupsi. Bagi saya, apa yang dilakukan kerajaan tika ini sudah memadaai, mereka sekurang2nya mengaku bahawa ya!! memang terdapat korupsi selama mereka memerintah. Ya!! , mereka selalu menubuhkan suruhanjaya, mungkin sejauh manae keberkesanan suruhanjaya2 ini dapat kita pertikai tetapi sekurang2nya mereka berani menunjukkan bahawa mereka melakukan kesilapan. Hal ini sudah cukup baik, bayangkan sesuatu kerajaan yang penuh dengan korupsi tetapi jelas tidak melakukan amalan2 untuk mengekang amalan ini, bukankah itu lebih teruk??
Saya akui walaupun jelas merekka melaungkan ingin membanteras rasuah dan amalan kronisme dan sebagainya namun amalan ini tetap berlaku, satu demi satu kes2 seperti ini dibongkar yang saya rasa anda sebagai ahli blogersferra juga mengetahuinya. Ini membawa sya kepada satu titik pemikiran bhawa ia bukanlah disebabkan oleh siapa yang memimpin tetapi disebabkan oleh perolehan kuasa akibat tanggungjawab memimpin itu sendiri. jadi , di sini perlu difahami ia bukanlah disebabkan oleh UMNO tetapi ia adalah disebabkan oleh kuasa yang diperoleh itu snediri, dan saya berani memberi jaminan sekiranya PR mentadbir negara ini amalan yang sama tetap berulang. Tiada bezanya mereka berani berkata ketika ii kerana mereka bukanlah merupakan kuasa yang mutlak di negara ini, tetapi percayalah sekiranya kuasa ini beralih perkara yang sama tetap berlaku dan pada ketika ini mungkin UMNO yang sudah menjadi pembangkang tetap pula akan moodal yang sama bagi menyerang pemerintahan pada ketika itu.
Jadi, sekiranya anda memahami keadaan ini, anda sebenarnya patut berasa bersyukur berada di bumi Malaysia ini kerana jika ditolak masalah korupsi dan kronisme sebenarnya kita dapat mengandaikan bahawa negara ini sebenarnya telah ditadbir dengan cemerlang..
Sebenarnya, apa yang anda perlu lakukan ialah belajar untuk memahami realiti dan bukanlah belajar untuk mengubah realiti, mungkin sesetengah perkara perlukan perubahan tetapi dalam konteks ini adakah wujud ruang untuk berubah itu??
Wednesday, November 18, 2009
Friday, November 13, 2009
Sementelah tentang Dr. Asri~~
Saya mengambil masa yang lama untuk menulis tentang isu ini disebabkan oleh dua faktor, pertama , saya ingin melihat isu ini secara menyuluruh sebelum menilai di samping mengumpul idea untuk ditulis. Kedua, kerana kebetulan semasa isu ini sedang hangat, saya sedang sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Ya!!, saya seorang penyokong kuat Dr. Asri, tapi sebagai insan yang rasional saya perlu lihat sesuatu keadaan secara menyeluruh. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Musuh yang betul kita sokong, pemimpin yang salah kita lawan!.
Secara peribadi saya telah mengikuti tulisan Dr. Asri semenjak zaman persekolahan dalam tahun 2006/07, kebetulan sekembali dari mengerjakan umrah saya telah mungkin mendapat satu hidayah untuk mencari jawapan kepada keluasan ilmu dalam Islam. Sebenarnya, keluasan pandangan serta kemudahan dalam Islam telah didedahkan kepada saya sejak di tingkatan satu. Ketika itu, terdapat seorang ustaz yang mengajar di sekolah saya teleh mendedahkan kami tentang konsep ini. Perlu diingat,ia bukanlah satu konsep yang baru tetapi satu usaha atau jalan ke arah pengajaran Islam berlandaskan dalil yang yang sahih. Namun, apalah seorang budak tingkatan satu dapat buat, persekitaran , pengaruh masyarakat selalu merupakan halangan kepada usaha tajdid ini.
Berbalik pada Dr. Asri, setelah kembali dari tanah suci, saya terbaca tentang artikel beliau dalam Mingguan Malaysia, kebanyakan tulisan beliau menjawab kepada persoalan saya ketika itu. Inilah antara titik mula saya ke arah menyokong usaha dakwah beliau.Teringat saya pada tulisan Hishamuddin Rais, ramai manusia keliru tentang bagaimana terjadinya sejarah. Sejarah tidak berlaku disebabkan tokoh2 tertentu tetapi terjadi disebabkan suasana yang timbul dan secara kebetulan ada manusia lain yang membawa manifestasi keadaan suasana itu ke atas. Sebagai contoh, saya, sekembalinya saya mengerjakan umrah menimbulkan saya satu semangat kepada sya untuk melihat keluasan dalam Islam, ini adalah suasana saya dan secara kebetulan Dr. Asri telah membawa satu manifestasi yang selari dengan suasana saya, jadi saya menganggapnya sebagai seorang tokoh/pemimpin/ketua atau apa saja namanya yang menurut Shakespeare tidak penting.
Itulah serba ringkas bagaimana saya boleh mengenali beliau. Lantas, disebabkan atas dasar menyanjungnya sebagai seorang tokoh saya berasa amat terkejut apabila terbaca penahanan JAIS terhadap beliau. Ironinya, minggu terakhir penangkapan beliau, tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia seperti memberi tanda awal bahawa beliau akan ditangkap. Penulisan tentang tokoh2 hebat yang ditindas pemimpin, ditangkap banyak dapat kita lihat dalam minggu terakhir penangkapan beliau. Adakah beliau sudah dapat menghidu tentang tangan2 ganas yang sentiasa kurang senang tentang usaha ke arah jalan yang benar ini??Namun dalam sidang akhbar sejurus penangkapan beliau, beliau telah menegaskan bahawa tidak menolak kemungkinan ada tangan2 di luar sana yang merancang ke arah penangkapan tersebut.
Namun, sebagai insan yang memerhati, tindakan JAIS menggunakan isu tauliah adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Betul!! , penangkapan itu boleh dilaksanakan, namun pernahkah anda melihat polis/JPJ manahan orang yang tidak memakai jaket keselamatan sewaktu membawa motor ketika malam??, adakah salah untuk menahan mereka?? Malah, sekiranya JAIS hendak menggugurakan tuduhan terhadap beliau, ia boleh dilaksanakan mengikut undang2 agama negeri Selangor. Seperti kata mufti Perlis, Dr. Juanda, pentauliahan merupakan warisan penjajah yang akanmemakan tuannya sendiri sekiranya silap digunakan. Bagi saya, pentauliahan tetap perlu tetapi hanya terhad kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang agama, dan hendak bercakap mengenainya. Secara logik, adakah perlu seorang yang mungkin berkelayakan sarjana muda ingin menilai keilmuan seorang yang berkelulusan Phd??
Timbul pula isu yang mengatakan beliau seorang wahabbi. Kepada yang menuduh, apakah itu wahabbi?? Adakah anda tahu apakah itu wahabbi?? Atau anda hanya menuduh orang yang tidak berqunut dalam subuh, tidak membaca surah Yassin malam Jumaat adalah wahabbi?? Adakah anda berasa tidak bersalah menuduh seseorang tanpa ilmu yang cukup??
Bagi saya, saya boleh menerima sekiranya anda tidak bersetuju terhadap sesuatu pandangan tetapi menghukum seseorang dengan label wahabbi adalah sesuatu yang memalukan sekiranya anda sendiri tidak jelas dengan maksud wahabbi. Keapada yang bertanya, boleh rujuk sebuah buku bertajuk "Syeikh Muhammmad Bin Abdul Wahab Antara Fakta & Palsu" Beliaulah merupakan insan yang sering dituduh kepada lairan wahabbi ini.Sebagai seorang yang mengikut penulisan Dr. Asri telah banyak beliau menegaskan tentang isu ini. Memang ramai orang awam keliru tentang konsep wahabbi dan juga konsep tajdid atau pembaharuan ini. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ini semua adalah usaha satu kelompok yang merasakan mereka akan rugi sekiranya masyarakat didedahkan dengan kemurnian Islam yang sebenar. Yalah, sekiranya ini berlaku sipakah lagi yang akan membeli buku berkaitan wirid dan doa semasa haji??, siapalah lagi yang akan mengupah kumpulan2 tertentu untuk bersembahyang jenazah kepada kaum keluarga mereka, dan lebih teruk lagi tiadalah lagi mereka dapat merasakan makan nasi tomato berlaukkan ayam ros serta ditanbah dengan sirap ros yang sejuk atas kematian seseorang. Tidakkah ini semua merugikan mereka??
Selepas itu, timbul pula isu Dr. Asri yang banyak menghebahkan tentang usaha ke arah kemajuan dan perpaduan ummah sebenarnya banyak memainkan isu2 ranting dalam masyarakat yang membawa ke arah kekeliruan masyarakat. Kepada penuduh berkenaan saya ingin bertanya, adakah anda telah membaca tulisan Dr. Asri atau sekadar melihat beliau secara am?? Saya tak menafikan betul persoalan2 ranting ini banyak dilontarkan oleh Dr. Asri yang mebawa beliau ke kancah kontroversi tetapi bukanlah merupakan tunjang utama dalam pemikiran beliau. Kalau anda halusi, perkara2 ranting hanaya beliau sentuh di akhir2 penulisan rencana beliau,ia bukanlah merupakan satu tajuk utama yang beliau ingin sampaikan begitu juga dalam kuliah beliau perkara2 ini semua dapat kita dengari ketika sesi soal jawab dalam kuliah beliau? adakah ini salah?? Jika betul beliau banyak memainkan isu ranting bukankah menjadi satu kesalahan yang memungkinkan beliau untuk ditahan. Bukankah dalam Islam kita diajar tentang konsep amar makruf nahi mungkar?? Adakah anda merasakan masyarakat perlu dihalang daripada mengetahui apa yang benar?? Apabila berckap tentang kemajuan ummah andalah yang paling lantang berbicara, namun andalah sendiri punca sebenar ke arah kemunduran ummah kita!!
Saya juga berasa begitu sedih apabila membaca satu entri daripada sebuah blog yang mengatakan Dr. Asri tidaklah perlu bertindak seperti artis yang ingin menyaman dan ingin mengambil tindakan kepada penahanan beliau. Tambah bloggers tersebut, ikutilah cara Rasullallah menangani masalah penindasan seperti yang beliau hadapi. Sungguh jumud pemikiran anda. Adakah anda sedar suasana sekeliling dan masyarakat juga penyumbang kepada kelonggaran sesuatu hukum.?? Adakah dengan pandangan sempit ini anda merasakan mana2 individu yang membawa wajah agama tidak boleh mengambil tindakan sekiranya ditindas?? Mereka hanya perlu bersabar dan bertawakal atas ujian yang menimpa, adakah ini yang anda maksudkan?
Bagi saya, penahanan beliau tak lebih dari usaha pembunuhan karakter atau pun disebut "characteristic assasination" dalam istilahnya yang banyak digunakan oleh pihak yang mepunyai kuasa dalam usaha merosakkan reputasi insan yang mempunyai usaha ke arah pembentukan pengaruh yang besar. Penuduhan JAKIM kepada isu memalsukan ijazah sehari selepas ditahan banyak dapat kita fikiri bahawa mungkin semua ini sudah dirancang dengan teliti dalam masa yang lebih awal dari kita jangkai.

Wednesday, October 14, 2009
LAYU~~
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
-Malique
Satu sajak yang aku kira baik untuk dihayati oleh orang yang masih mengakui dirinya sebagai Melayu. Perlu diingat sajak ini bukan bertujuan untuk meniupkan api perkauman tetapi untuk meningkatkan semangat keMelayuan agar kita menjadi bangsa yang disegani..Hayatilah dengan fikiran yang rasional dan jiwa yang tenang .. :)

Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 09
Salam buat semua pembaca. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebagai manusia normal. ia adalah satu norma untuk kita berasa susah atau payah untuk berubah meskipun kepada sesuatu perkara yang baik. Hal ini adalah biasa dan bukan sesuatu benda yang sangat buruk, malah ia di luar kebiasaan seorang insan jika dapat berubah dengan mudah.
Sebagai insan berbangsa Melayu, kita sebenarnya mempunyai banyak adat yang kadang-kdang sudah tidak relevan kalau difikir secara teliti. Ironinya, sehingga kini masih terdapat sebhagian besar kita masih berpegang teguh pada adat-adat tersebut.
Begitulah juga dengan sambutan aidilfitri. Dalam masyarakat kita, aidilfitri banyak diterjemahkan sebagai hari kesedihan dan bukanlah hari kemenangan sperti yang dituntut syarie. Lihat sajalah drama, lagu dan aktiviti yangb diisi dalam suasana aidilfitri banyak yang diterjemahkan dalam imej sedih. Perkara ini sebenarnya petut diubah supaya kita benar-benar dapat memahami roh aidilfitri yang bertujuan memeberi erti kemenangan kepada kita sebagai umat Islam.
Sebagai memberi gambaran yang lebih jelas, mungkin tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, iaitu mantan Mufti Perlis ini dapat membantu. http://drmaza.com/home/?p=722
Sekian, Salam Aidilfitri buat semua.:)

Thursday, August 20, 2009
Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Merdeka 2009
Anugerah Merdeka merupakan satu anugerah yang merupakan satu model yang menyamai anugerah Nobel. Tahun lepas menyaksikan Prof. Diraja Ungku Aziz dianugerahkan anugerah ini.Anugerah ini juga merupakan acara tahunan dan terbahagi kepada beberapa kategori.Tahun ini menyaksikan tiga warga UTM menerima anugerah tersebut. Aku mengucapkan tahniah kepada para pemenang terutamanya kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang. Pengalaman bersama beliau sewaktu haluansiswa UTM membuatkan aku berasa layak beliau menerimanya. Ucapannya bersahaja tetapi penuh inspirasi. Tak lupa juga kepada dua lagi warga UTM Prof. Dr. Halimaton Hamdan dan Tun Fatimah Hashim yang merupakan bekas Pro Canselor UTM dari 1995 hingga 1998 turut menerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pendidikan.
Wednesday, August 19, 2009
"Tribute" to Rendra (1935-2009)~~
Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta
Pelacur-pelacur Kota Jakarta
Dari kelas tinggi dan kelas rendah
Telah diganyang
Telah haru-biru
Mereka kecut
Keder
Terhina dan tersipu-sipu
Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan
Tapi jangan kau lewat putus asa
Dan kaurelakan dirimu dibikin korban
Wahai pelacur-pelacur kota Jakarta
Sekarang bangkitlah
Sanggul kembali rambutmu
Karena setelah menyesal
Datanglah kini giliranmu
Bukan untuk membela diri melulu
Tapi untuk lancarkan serangan
Karena
Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan
Tapi jangan kaurela dibikin korban
Sarinah
Katakan kepada mereka
Bagaimana kau dipanggil ke kantor menteri
Bagaimana ia bicara panjang lebar kepadamu
Tentang perjuangan nusa bangsa
Dan tiba-tiba tanpa ujung pangkal
Ia sebut kau inspirasi revolusi
Sambil ia buka kutangmu
Dan kau Dasima
Khabarkan pada rakyat
Bagaimana para pemimpin revolusi
Secara bergiliran memelukmu
Bicara tentang kemakmuran rakyat dan api revolusi
Sambil celananya basah
Dan tubuhnya lemas
Terkapai disampingmu
Ototnya keburu tak berdaya
Politisi dan pegawai tinggi
Adalah caluk yang rapi
Kongres-kongres dan konferensi
Tak pernah berjalan tanpa kalian
Kalian tak pernah bisa bilang ‘tidak’
Lantaran kelaparan yang menakutkan
Kemiskinan yang mengekang
Dan telah lama sia-sia cari kerja
Ijazah sekolah tanpa guna
Para kepala jawatan
Akan membuka kesempatan
Kalau kau membuka kesempatan
Kalau kau membuka paha
Sedang diluar pemerintahan
Perusahaan-perusahaan macet
Lapangan kerja tak ada
Revolusi para pemimpin
Adalah revolusi dewa-dewa
Mereka berjuang untuk syurga
Dan tidak untuk bumi
Revolusi dewa-dewa
Tak pernah menghasilkan
Lebih banyak lapangan kerja
Bagi rakyatnya
Kalian adalah sebahagian kaum penganggur yang mereka ciptakan
Namun
Sesalkan mana yang kau kausesalkan
Tapi jangan kau lewat putus asa
Dan kau rela dibikin korban
Pelacur-pelacur kota Jakarta
Berhentilah tersipu-sipu
Ketika kubaca di koran
Bagaimana badut-badut mengganyang kalian
Menuduh kalian sumber bencana negara
Aku jadi murka
Kalian adalah temanku
Ini tak bisa dibiarkan
Astaga
Mulut-mulut badut
Mulut-mulut yang latah bahkan seks mereka politikkan
Saudari-saudariku
Membubarkan kalian
Tidak semudah membubarkan partai politik
Mereka harus beri kalian kerja
Mereka harus pulihkan darjat kalian
Mereka harus ikut memikul kesalahan
Saudari-saudariku. Bersatulah
Ambillah galah
Kibarkan kutang-kutangmu dihujungnya
Araklah keliling kota
Sebagai panji yang telah mereka nodai
Kinilah giliranmu menuntut
Katakanlah kepada mereka
Menganjurkan mengganyang pelacuran
Tanpa menganjurkan
Mengahwini para bekas pelacur
Adalah omong kosong
Pelacur-pelacur kota Jakarta
Saudari-saudariku
Jangan melulur keder pada lelaki
Dengan mudah
Kalian bisa telanjangi kaum palsu
Naikkan tarifmu dua kali
Dan mereka akan klabakan
Mogoklah satu bulan
Dan mereka akan puyeng
Lalu mereka akan berzina
Dengan isteri saudaranya.
Rendra satu insan yang ringkas tapi bisa menggoncang dunia dengan bait sajaknya. Itulah Allahyarham W.S Rendra (1935-2009)

Sunday, August 9, 2009
Pandangan Peribadi Berkaitan Isu Arak di Selangor
Sekali lagi "kita" dikejutkan oleh satu isu remeh berkaitan penjualan arak di kawasn majoriti Melayu. Seperti biasa, "kita" lebih banyak melatah. Bagi aku, perkara ini tidak perlulah diperbesarkan, akhbar tidak perlu terlalu ghairah mempromosikan isu ini. Rakyat Malaysia bukan tak tahu kilang arak terbesar terletak di Petaling Jaya,dan ironinya arak juga merupakan sumber ekonomi negara. Jadi ini bukan satu perkara yang baru dalam negara. Bagi aku, apalah sangat 70 tin bir, realitinya memang ramai orang "kita" telah minum. Kalau nk difikirkan secara rasional masalah tidak akan selesai sekiranya 70 tin itu yang dibuang. Kalau hati dah memang nak "minum" minumlah jugak dia.Samalah seperti orang hisap dadah susah mana pun nak dapat, carilah jugak dia. Jadi aku menyokong tindakan MB Selangor yang aku kira rasional dalam mengambil kira suasana semasa.
Dilemma Negara Maju & Golongan Berilmu
Semalam terpampang pada muka depan akhbar NST, jawapan PM berhubung isu menapis kandungan internet yang diusulkan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim, tersenyum aku membacanya. Adakah ini jalan yang kita pilih sebagai menuju ke arah negara maju??Syabas buat PM kerana bertindak bijak dan rasional bagi isu ini. Bagi aku penapisan kandungan internet merupakan jalan mudah bagi orang yang tidak panjang akal dalam membuat keputusan. Hal ini amat mengecewakan kerana cadangan itu tidak patut dikeluarkan oleh insan berkapasiti demikian. Langkah mudah tersebut bolehlah disamakan dengan membuat cadangan bagi orang yang malas membaca buku supaya wajib membaca buku sehari 5 jam atau tidak anda MATI.
Hal ini merupakan satu cadangan yang memalukan pada masa kita sekarang mengejar dunia tanpa sempadan bagi mengejar negara maju yang ingin dipimpin oleh insan berilmu, tup2 satu ide mudah yang boleh difikirkan oleh seorang pelajar sekolah telah dicadangkan. Betul, cadangan ini bagi membendung masalah pornografi, aku tak kata pornografi itu baik tapi sampai bila kita perlu membendung perkara remeh seperti ini?? Ironinya, pornografi bukan sesuatu yang asing dalam kalangan remaja di zaman ini. Tetapi itu bukan lesen untuk kita menghalang satu kebebasan "berinternet".
Perlu diingat matlamat internet adalah memang bagi memberi input tanpa sempadan kepada pengguna, jadi seharusnya kita tidak mencemar apakah matlamat internet diwujudkan walau apa cara sekalipun.Sebut saja negara maju di dunia ini..manakah kalangan mereka yang membuat penyekatan internet?? Dalam usaha ke arah negara maju seharusnya perkara seprti ini tidak timbul sebagai satu isu. Hakikatnya terlalu banyak aspek lain yang boleh diambil kira jika kita begitu serius dalam usaha ke arah kemajuan. Ya betul! , contoh negara maju sekrang mempunyai masalah sosial yang tinggi tapi perlu diingat itulaha harga yang perlu dibayar sekiranya itu pilihan kita.
Namun tak mustahil sekiranya kita muncul sebagai negara maju yang tinggi hemahnya,kurang gejala sosialnya. Bagi aku inilah yang akan terjadi sekiranya kita berjaya mewujudkan golongan berilmu dalam negara kita. Malaysia melahirkan beribu2 graduan saban tahun tetapi ini tidak menjamin insan itu termasuk dalam golongan berilmu, banyak penduduk Malaysia ada ilmu tapi apa yang kita cari ialah "keilmuannya". Seperti yang aku katakan phd bukan satu tiket menjadi golongan berilmu, mungkin seorang pemandu teksi atau sekadar seorang tukang sapu sampah.
Apa yang dimaksudkan dengan golongan berilmu ialah bijak menilai suatu fakta dengan rasional dengan mengambil kira keadaan realistik semasa. Contohnya, kecoh isu basi yang kembali hangat sekarang ini tentang pemansuhan ISA. Kepada penokong GMI, tolong jangan cepat melatahla..Anda tidak perlu kecoh berbicara tentang kekejaman ISA. Secara rasionalnya ISA memang satu akta yang perlu bagi kestabilan negara. Tolong jangan timbulkan soal kejam, memang pada dasrnya ia nampak kejam tetapi kita memerlukan akta "pencegahan" sperti ini bagi menjamin kestabilan negara. Apakah nanti bila KLCC dan hancur dibom bari kita nak melalak mencari si pengebom?? Bagi aku, contoh insan berilmu setakat ini ialah Dr. Asri Zainul Abidin delaku bekas mufti Perlis.Harap kalian dapat ikuti artikel beliau yang sememangnya jelas menunjukkan kerasionalan berfikir.
Jadi, seharusnya langkah betul membendung masalah pornografi dalam konteks membina generasi berilmu untuk mewujudkan negara maju ialah dengan memberi pendedahan awal kepada generasi muda tentang kesan pornografi dan selebihnya biar mereka berfikir sendiri. hal ini kerana semua ini merupakan satu proses kehidupan. Seharusnya kita sedar semakin ketat kita menahan semakin kuat perkara melawan. Ini ialah hukum alam. Sebagai contoh,jika penapisan internet dijalankan rakyat Malaysia pasti tidak dapat akses pornografi sedangkan permintaannya jelas ada, ini akan membawa kepada industri penghasilan pornografi tempatan menjadi lebih meningkat kerana sudah pasti akan mendapat keuntungan sekiranya ada permintaan dan manusia sanggup lakukan apa saja untuk wang. Akhirnya, masalah sosial tetap tidak dapat dikurangkan malah mungkin menjadi lebih teruk. Akhirnya kita telah kerugian dua perkara iaitu kita telah mengorbankan "fungsi" internet yang asli serta masalah sosial juga semakin meningkat.
Jadi, adakah ini yang kita mahu?? Golongan berilmu pasti ada jawapannya...

Tuesday, July 28, 2009
Yasmin Ahmad (1958-2009)~~
Yasmin Ahmad satu insan yang sukar dicari ganti.Karyanya dalam bentuk iklan seringmenjadi bualan ramai, walhal filem yang diarahnya sentiasa dilanda kontrovesi. Bermula dari rabun, sepet, gubra, mukhsindan terakhir talentyme yasmin tampil dengan satu identiti yang "cliche" yang dapat dikenalpasti inilah karya yasmin. Hal inimungkin bagi yasmin mesej yang cuba disampaikan olehnya belum "melekat" di hati rakyat malaysia,lantas isu-isu yang sama digarap dandiadun semula menjadi satu naskah baru filemnya di samping menampilkan tema yang berbeza.Satu-satu kata yasmin yang tidak aku lupa ialah apbila orang bertanya apakah perasaan beliauketika menulis dan beliau menjawab menulis seperti menggali,kikta tidak tahui apa yang akan dapat apabila menggali akan terus keluar apa yang tidak kita sangka itulah menulis,kadang2 ide yang kita dapat tidak akan kita sedari, ia datang secara tiba2.Itulah yasmin dari sudut pandanganku...Satu pengarah yang kreatif dan tabah..Aku berharap lebih banyak "yasmin" akan muncul pada masa hadapan. Al-Fatihah..
Friday, July 10, 2009
PPSMI Selesai...
Pertama sekali aku mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia dan secara khususnya kepada Kementerian Pendidikan kerana berjaya membuat satu keputusan bagi isu ini. Bagi aku, pandangan aku terhadap isu ini sudah aku lontarkan pada artikel lepas dan bagi aku pabila keputusan telah dibuat kita wajar menyokongnya. Hal ini adalah satu resmi yang patut ada pada setiap rakyat. Dalam satu proses apabila keputusan belum dibuat kita wajar memberi pendapat tetapi bila keputusan telah dibuat seharusnya kita menyokong keputusan ini bagi membentuk satu suasana yang stabil dan sterusnya berharap apa yang diracang berjaya mencapai matlamt.Apa pun kita sebagai raakyat perlu tunggu dan lihat sama ada formula ini benar-benar berkesan bagi membentuk generasi berilmu.Bagiku pendapat Tun wajar dihayati.. Sekian..
Friday, June 26, 2009
Isu Amah Relevankah Kita?
Rabu lalu, terpampang hadapan akhbar NST bahawa kerajaan tidak akan bengubah pendirian berkaitan cuti kepada orang gaji atau pun disebut amah. Tika ini, hanya amah dari Filipina sahaja yang tertakluk kepada undang2 ini disebabkan telah menandatanagani perjanjian bersama dengan kita. Hal ini menarik perhatianku, di mana reaksi awam lebih cenderung kepada reaksi negatif. Jadi betulkah kita?? Adakah kewajiban memberi cuti sehari seminggu dilihat satu keperluan asasi yang hakiki bagi seoorang amah?? Aku, secara peribadinya tidak bersetuju terhadap cuti yang wajib diberi kepada amah ini. Hal ini kerana , terdapat banyak perkara negatif yang akan timbul jika perkara ini diteruskan secara menyeluruh berbanding tidak dilaksanakan. Apalah beban sangat menjadi seorang amah?? owh, sudah smestinya beban dari segi fizikal, tapi bukan dari segi mental. Mereka tidak diperlukan untuk memikirkan masalah2 kritikal yang jika dibnadingkan dengan eorang pengurus atau pun seorang ketua keluarga. Nah!! inilah harga mereka, memang mereka dibayar untuk melakukan kerja rumah , jadi apa yang perlu dirisaukan lagi..mereka memang sudah dilatih untuk melkaukan kerja ini, jadi soal hak asasi tidak timbul. Aku suka memmetik satu pandangan Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Mingguan Malaysia minggu lepas, bertajuk "Indonesia Sengaja Membesarkan Soal Dera" , bagiku inilah sebenarnya jawapan kepada tindakan kerajaan yang tergesa2 mengusulkan undang2 ini. Dalam artikel ini, dilihatkan Presiden Indonesia Susilo Bmabang Yudoyono telah menelefon Siti Hajar di Kuala Lumpur yang diktakan telah dizalimi oleh majikannya. Tindakan Susilo jelas mengejutkan banyak pihak, bgaimana seorang presiden boleh menelefon rakyatnya, seorang amah bagi bertanyakan keadaannya. Dari satu segi, hal ini dapat memeperlihatkan betapa prihatinnya seorang presiden terhadap rakyatnya, namun dari satu segi, bagiku Indinesia sengaja membesar2kan hal ini bagi menarik perhatina Malaysia untuk melakukan sesuatu atau sebagai satu tanda protes Indonesia kepada Malaysia terhadap satu matlamat yang kita tak tahu. Natijahnya, Indonesia tidak perlu bertindak demikian, Presiden Susilo tidak perlu menelefon Siti Hajar secara peribadi, apa Malaysia ini sudah tidak selamatkah??, tindakan sinis beliau itu jelas mempunyai satu siratan yang kurang enak. Hakikatnya, kes pnderaan amah ini boleh lagi dikategorikan kepada kes2 terpencil jika dilihat dari sudut teknikalnya. Hal ini kerana sebilangan masyarakat kota di Malaysia rata2 telah menggunakan perkhidmatan amah, jadi jika hendak dibandingkan dengan jumlah kes dera ia adalah satu kadar yang amat kecil. Lantas, hal ini tidak patut bertindak secara tergesa2 bagi memenuhi tindakan Indonesia atau siapa saja dari pihak luar. Kita patut bertindak secara tenang dan seeloknya melaksanakan "cara" kita. Kalu difikir secara logik, pemberian cuti ini kan mendatangkan masalah kepada kita kerana golongan minah2 indon ini sudah smestinya kana berjumpa dengan mat2 indon ini. apabila mereka berkumpul mereka akan merasa diri mereka yang terhebat sekali. Inilah masalah nya!!. Hal ini akan membawa perancangan2 bodoh mereka untuk melatikan diri dari majikan. selain itu, pergaulan bebas dinatara golongan amah dan buruh binaan ini dilihat sebagai satu pandangan yang tidak sihat kepada negara. Jika dilihat pada hujung2 minggu tika undang2 ini belum diusulkan pun sudak ada tempat2 kita yang kelihatan seperti di Indoneesia barang kali akibat apa?? Akibat kebanjiran rakyat2 mereka di sini. Hal ini belum pun lagi ketika cuti ini dilaksanakan. Jika cuti yang WAJIB ini perlu bagi setiap amah bayangkan apa landskap pemandangan yang bakal kita lihat. Aku melihat satu cadangan dari " Malaysian Association of Foreign Maid Agencies" (Papa) berkenaan sudah tiba masanya kita membawa masuk amah dari China sebagai satu cadangan yang menarik. Hal ini kerana rata2 amah ketika ini datang dari Indonesia disebabkan senang untuk berkomunikasi, tetapi masalahnya penduduk Cina di sini pun tetap mengambil Indonesia. Mungkin, apabila majikannya sesetengah perkara jika dia seorang muslim tidak diambil perhatian secara serius, dan ini dilihat sebagai satu bentuk pencabulan hak asasi. Jadi jika cadangan ini diambil kira oleh kerajaan sudah tidak timbul soal tersebut yang kita anggap sebagai sensitif dari terjadi. Walaubagaimanapun (Papa) telah menggariskan panduan bagi cadangan berkenaan , antaranya had umur yang ditetapkan perlulah melebihi 35 tahun dan ke atas bagi menjamin tidak ada kesan buruk yang lain pula sekiranya perkara ini diambil kira. Ironinya, sehingga saat ini kerajaan tetap dengan pendiriannya terhadap pemberian cuti kepada amah. Mungkin kan berlaku satu perubahan?? wallahhualam..
Sunday, June 21, 2009
Program TV, Mentaliti dan Arah Tuju Negara.
Perkara ini telah lama berlegar di ruang benak fikiranku. Namun tidak ada kesempatan untuk aku berpolemik tentang hal ini melainkan bersama keluargaku yang lingkungannya agak kecil. Isunya hanya satu kita telah disajikan dengan lambakan karya picisan sama ada dari program tv hinggalah ke bahan bacaan. Aku tahu polemik kali ini yang aku bawakan tampak mudah,bukanlah sebuah isu negara yang hangat diperkatakan. Tetapi, bagi kaca mataku perkara ini amat penting, tambahan pula negara yang kian maju bnayak bergantung pada media massa untuk menjan sebuah negara yang gemilang sama ada dari segi ekonomi atau organisasi sosialnya. Sebagai contoh, kini rakyat tidak hanya bergantung pada mamak penjual akhbar saja untuk membaca akhbar dengan hanya satu klik kita dapat membaca seluruh akhbar dalam negara ini. Aku sudah mual, muak dengan apa yang disajikan di stesyen televisyen kita. Kadang2 aku berfikir adakah patut saban hari negara kian amju kita menampilkan hiburan bertaraf sampah kepada masyarakat??? Apa yang aku pelik rata2 masyarakat Malysia terutamanya orang MELAYU dapat menerima hiburan picisan seperti ini. Aku ambil contoh drama bersiri lakonan Liyana Jasmay yang bertajuk Mawas dan... ataupun Bionik..Apa ini??? Adakah ini menunjukkan kematangan kita berkarya?? Jangan cakap tentang mesejla..Semua orang boleh mencipta mesej sendiri. Ini bukan soal mesej tapi kualiti. Apa yang disajikan kepada masyarakat sebenarnya memberi impak besar terhadap mentaliti masyarakat. Aku tidak setuju dengan segelintir insan yang mengatakan mereka gemar menonton cerita seperti ini kerana kurang berfikir,ringkas ditambah dengan elemen mencuit hati. Aku tidak kata kita perlu membuat cerita berat sepanjang masa, aku tidak kata kita perlu menerbit filem semacam "1957 Hati Melaya" setiap masa, tetapi kita perlulah membuat satu cerita yang berkualiti. Kalau kisah cintanya perlulah ada nilainya, aku suka melihat karya Khabir Bhatia,bagiku beliau adalah seorang pengarah yang berjaya membawa dimensi baru dalam filem Malaysia. Mungkin idenya dalam filem Cinta, Love dan Sepi serupa iaitu dengan menagmbil banyak kisah dalam satu filem tetapi apa yang lebih penting apa yang digarapnya tidak bersifat cliche. Mungkin kalian terlepas untuk enontot filem2 arahan beliau, terbaru karyanya boleh ditonton di tv3 setiap hari Jumaat jam 9,bertajuk NurKasih. Lihat saja teknik pencahayaan, penata bunyinya, semuanya berbeza dengan drama Melayu yang kita lihat sebelum ini. Aku bukanlah seorang yang kolot atau terlalu serius sehingga tidak menonton drama komedi, bagiku drama Cinta Gila adalah satu karya yang enak untuk ditonton, ia bersifat ringan tetapi tetap mempunyai mesej yang jelas. Aku pelik mengapakah kita terlalu banyak menghasilkan program realiti berbentuk dunia hiburan??Adakah ini hala tuju negara? Menghasilkan lebih banyak pelapis artis..adakah itu yang kita mahu?? Sehinggakan dari peringkat kanak2 pun kita sudah mempunyai program unuk mencari bakat menjadi artis. Suka aku untuk menegaskan, aku bukanlah seorang paranoid bagi hiburan. Aku juga tidak nafikan hibutan dalam kehidupan seharian. Tetapi kadar pertumbuhan program realiti yang mengasah bakat menjadi artis terlalu banyak. Hasilnya, negara menghasilkan lambakan artis yang tidak ada kualiti atau dikenali sebagai artis mi segera saban tahun. Ini adalah satu perkara yang amat mebimbangkan, dari lambakan artis inilah akan menghasilkan program tv picisan yang akan ditonton oleh masyrakat marhein negara dan akhirnya akan membentuk satu generasi masyarakat yang bermentaliti rendah dan jika kita hendak lihat lebih jauh lagi masyrakat inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan yang seterusnya membawa kepada kemunduran negara akibat mentaliti yang rendah. Sekarang dapatkah kalian berfikir betapa pentingnya pengaruh program tv terhadap negara?? Sekali lagi aku ingin menjelaskan aku bukanlah anti program realiti, apa salahnya kalau kita meniru program realiti seperti negara barat? mereka mepunyai begitu banyak model yang patut kita tiru dan akhirnya dapat membawa kepada kemajuan negara. Aku ambil contoh, program big loser, satu program realiti yang bertujuan untuk menurunkan berat badan peserta. Ok, mari kita lihat jika saban tahun 10 peserta dipilih untuk menyertai program ini dan mereka berjaya menurunkan berat badan kepada berat yang lebih ideal. Tidakkah negar mendapat keuntungan?? Hal ini kerana mungkin negara telah dapat menjimatkan 10 rakyatnya dari mati akibat diabetes, dan mungkin juga dengan hidupnya 10 peserta ini mereka dapat bekerja dengan baik dan akhirnya menjana ekonomi negara, dan mungkin juga dari 10 peserta 4 daripadanya telah berkahwin dan dengan hidupnya 4 orang ini mereka dapat menghasilkan anak yang lantas dapat menjadi tenaga kerja negara pada suatu hari nanti. Lihat, besarkan impaknya?? Tetapi, aku tahu aku tidak boleh menyalahkan penerbit semata2, program seperti ini mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana tiada penaja yang berminat. Mengapakah tiada penaja yang berminat? Jawapannya hanya satu kerana tiada permintaan yang tinggi terhadap program seperti itu,rata2 rakyat masih gemar melihat program realiti hiburan semata2. Mengapakah ini terjadi? Berbalik kepada perkara pokok kita iaitu mentaliti kita. Itulah yang aku hendak sampaikan, mesejnya hanya satu, tingkatkan mentaliti kita!! Jadi, bagaimana hendak meningkatkan mentaliti kita? Mungkin kita boleh bermula dengan perkara yang paling mudah, iaitu melalui hiburan yang berkualiti. Kesempatan ini, aku tidak setuju dengan tindakan TV3 yang menampilkan slot keliwon yang jelas membawa kita ke satu zaman kolot. Jikalau inilah yang diminati orang kita,kita tidak akan maju. Mana mungkin kita maju apabila kita melakukan sesuatu terlalu bnayak pantang larangnya yang entah apa2. Aku tidak menolak makhluk ghaib bahkan kita wajib mempercayainya, tetpai dengan mengembar-gemburkan perkra sperti ini sebenarnya ialah satu perkembangan yang tidak sihat. Sekali lagi, .melalui pemerhatianku masyarakat MELAYU kita, suka membaca akhbar jenis tabloid, yang paling ketara ialah harian Metro.Ingin aku jelaskan jika inilah yang menjadi santapan kalian untuk mendapat maklumat..mundurlah kita..Apakah perkara yang dapat aku terima tika negara sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan tiba2 terpampang sebagai contoh muka hadapan akhbar tabloid Bapa rogol anak? Tetapi yang sedihnya, inilah yang menjadi sebahgian besar pilihan rakat Melayu MAlayasia..Apakah yang sudah jadi?? Adakah kalian berfikir kiat akan maju sekiranya terlalu melihat tentang isu yang bersifat setempat sperti ini??sedarlah dalam zaman yang serba moden ini, kita tidak boleh melihat perkara bersifat setempat lagi, ini bukan jalan untuk kita maju ke hadapan. bagi filem pula, kita tetap di tahap yang mengecewakan..Aku kecewa filem seperti Bohsia, Congkak, Antoo Fighter, dan berlambak lagi karya picisan yang menjadi pilihan penonton Malaysia. Aku tidak menyalahkan penerbit secara kseluruhannya, permasalahnnya, karya seperti inilah yang mendapat tempat di hati penonton!! Penerbit adalah insan yang berniaga, yang secara jelasnya hanya memikirkan dolar dan sen. Inilah yang perlu kita ubah pemikiran penonton,berbalik kepda bagaimana hendak mengubah pemikiran ? ia perlulah mempunyai mentaliti kelas pertama. Seorang berfikiran tinggi tidak mungkin bersa seronok melihat karya2 picisan yang dilihatkan sebagai mebuang masa untuk menontonnya. Perlu diingat, untuk mencapai mentaliti yang tinggi tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi, walaupun aku tidak nafikan itu juga menjadi faktor kepada pembentukan insan yang bermentaliti tinggi. Aku suka menyentuh kaya Yasmin Ahmad yang dilhat sebagai bosan oleh segelintir pihak dan mungkin juga dianggap kontra dalam kehiupan masyarakat Melayu khususnya. Sepanjang menonton filem Yasmin dari Sepet ke Talentime, natijahnya, objektif Yasmin hanya satu, ingin membuka ruang pemikiran masyarakat Malaysia khususnya Melayu ke arah satu pandangan situasi normal dari sudut lain. Ok, sebagai contoh berbuat baik kepada haiwan. Dalam karya Gubra seingat aku ada babak di mana seorang imam yang balik dari solat subuh mengusap2 seekor anjing di jalan. Mungkin, ini tidak dapat diterima dalam masyarakat Melayu, tetapi terdapat satu hadis shahih di mana seorang pemuda dapat masuk ke syurga setelah menyelamatkan seekor anjing yang kehausan. Ini menunjukkan Islam tidak pernah melarang kita berbuat baik kepada binatang, lagi dalam babak itu jelas anjing itu dalam keadaan kering seperti apa yang disepakati para ulama"kering sama kering suci tanpa khilaf",ini bermakna pemuda tidak perlu meyamak tanganya. Tetapi yang menjadi masalah eksperimen Yasmin untuk mengubah cara pemikiran orang kita tidak pernah berjaya sepenuhnya. Inilah yang mebuatkan setiap kali filemnya dihasilkan elemen2 yang dianggap kontrovesi ini wajib ada. Aku menganggap usaha Yasmin ini patut diberi pujian. Apabila masyrakat dapat berfikir secara rasional, tanpa terlalu mengikut kebiasaan yang ditetapkan hasilnya adalah satu keputusan yang matang dan tepat. Walaupun barat sering dimomokkan dengan budaya kuning yang akhirnya membawa kepada masalah sosial dan akan memberi kesan kepada negara tetapi mereka bijak menggunakan media sebagai alat untuk mengimbangi pemikiran rakyat mereka. Lihat sajalah berbagai2 program dokumentari yang menarik terbitan mereka, ditambah dengan program realiti yang mebawa kepada penjanaan kontrak sosial negara. Bagi aku perkara inilah yang dapat mengekalkan mereka sebagai negara yang terus maju dan menjana pelapis yang bemutu sebagai pimpina negara pada masa hadapan. Jadi kalian, sipakah yang ingin berkata program tv hanya sekadar hiburan ringan semata??
Saturday, June 20, 2009
Kerajaan Perpaduan Satu Retorik atau Kesungguhan??
Aku menatap akbar the Star hari ini terpampang satu ayat "PAS fall out"..begitu juga dengan semalam masih the Star dengan muka depan bertajuk "Nik's Fury" sejenak aku berjeda berfikir apalah lagi yang akan berlaku pada negaraku yang tercinta ini. Terbaru hangat kisah tentang kerajaan perpaduan yang ide nya dicadangkan sendiri oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Hakikatnya, ide ini masih terlalu rapuh untuk menjadi satu asas kepada kerjasama antara UMNO dan PAS. Jika ditanya pada Hadi Awang sendiri, aku pasti beliau tidak mempunyai satu jawapan yang jitu terhadap konsep kerajaan perpaduan ini. Begitulah juga dengan konsep Satu Malysia yang giat diuar2kan saban ini, jikalau ditanya pada Dato' Seri Najib sendiri beliau tidak dapat mengupas secara dalam apakah yang dimaksudkan dengan konsep Satu Malaysia. Adakah ia menyerupai konsep Malaysian Malyasia yang satu masa dulu menjadi perjuangan parti pimpinan Lee Kuan Yew?? Aku sedar bahawa persoalan ini sudah terjawab tetapi kalau kita lihat pada jawapannya. terus terang bagiku ia masih pada persoalan pokoknya tapi bukan menjawab dari segi akarnya. Mengapakah hal ini terjadi?? Sebenarnya konsep Satu Malyasia adalah satu konsep yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi meraih sokongan rakyat terutamanya kaum Cina,India dan lain2. Hal ini kerana, selepas PRU 12 baru2 ini jelas menunjukkan sokongan bukan bumiputera terhadap kerajaan semakin berkurangan,lantas Dato' Seri Najib sewaktu dilantik sebagai Perdana Menteri terus hadir dengan konsep Satu Malaysia.Persoalannya, mengapakah kerajaan begitu dayus dan harus tunduk pada kehendak mereka yang semakin lama semakin rakus ini?? Tidak lain dan tidak bukan berpunca dari kita sendiri orang Melayu!! Tidakkah kalian sedar kita semakin berpecah?? Jikalau Melayu bersatu, hal ini tidak akan timbul. Hal ini kerana, ini tanah kita, tempat di mana tumpah darahnya kita. Mengapa kita berpecah?? Aku tidak faham dengan segelintir orang kita,mereka seakan2 ditutup oleh kain hitam,mereka tidak memandang tapi melihat. Tidakkah mereka sedar bahawa ketua pembangkang iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim mempermainkan mereka??? dari isu peralihan kuasa 16 September hinggalah ke isu Chin Peng jelas beliau sedang memperkotak - katikkan kita. Bagiku, beliaulah dalang di sebalik perpecahan orang Melayu. Ya!!, beliau dianiayai oleh Tun, aku juga tahu hal itu, malah sehinngga beliau dibuktikan tidak bersalah atas tuduhan liwat aku masih penyokong kuat beliau. Tetapi, bermula tamatnya tempoh penggantungan aktiviti politiknya jelas beliau telah menjalani satu transformasi yang amat drastik. Mula menyertai UMNO melalui ABIM jelas misi dan visinya ingin melihat UMNO menjadi satu parti yang bebas dari rasuah dan masalah politik yang lain tetepi akhirnya disebabkan tuduhan liwat, segalanya berubah. Aku bukanlah seorang yang amat pro kerajaan tetapi bagiku UMNO patut diberi pujian kerana,kesudiannya untuk mengaku bahawa ya!! memang terdapat masalah rasuah dalam parti kami yang bagiku bukan sesuatu yang memalukan tetapi patut dihormati. Bukan senang bagi sebuah parti yang gah dapat mengakui terdapat gejala rasuah di dalamnya. Aku pasti sama ada PAS, DAP, PKR pun belum tentu dapat mengakui secara terang terangan tentang masalah rasuah sekiranya mereka terlibat. Muak,mual,, jelik aku apabila orang mengaitkan UMNO dengan rasuah. Hey!! sedarlah kalian, UMNO itu bukan setahun mentadbir negara bukan 10 tahun,bukan 20 tahun tetapi hampir 52 tahun!! ia bukan sesuatu yang pelik jika terdapat rasuah sepanjang tempoh memerintah tetapi ia akan menjadi sesuatu yang pelik jika tidak yerdapat rasuah sepanjang tempoh memerintah. Kalian!!,sedarlah menteri2 itu bukan malaikat ini adalah satu realiti apabila anda mempunyai kuasa akan terdapat rasuah. Ok berbalik pada tajuk kita disebabkan perpecahan Melayu inilah timbul satu konsep yang dipanggil Kerajaan Perpaduan. Sebenarnya, konsep ini bukanlah stu perkara yang baru di dunia, Britain pernah melaksanakanya. Ironinya, ide yang datang dari orang PAS tetapi dibangkang semula oleh orang PAS. Apakah sebenarnya yang terjadi?? Adakah Hadi sengaja ingin melihat reaksi awam dengan mengusulkan ide ini?? bagi aku konsep kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang baik dan wajar dilaksanakan dalam suasana politik tika ini. Ya, pasti kerana keadaan Melayu yang semakin parah penyatuan bagi kedua2 parti ini adalah wajar dilakukan. Dalam hal ini, aku cukup menetang pandangan daripada Tun Dr. M dan Tuan Guru Nik. Kedua2 insan ini jelas menolak ide perpaduan ini dengan alasan cliche yang aku menyampah iaitu "dulu sudah pernah bergabung tetapi tak berjaya". Aku lebih kecewa dengan Tuan Guru Nik dengan imej Islamiknya dia menentang ke arah penyatuan bangsa untuk perpaduan ummah dan martabat agama dan bangsa. Yang peliknya apabila bergabung dengan orang kafir beliau setuju,suka,malah mengalu-alukan dan sanggup mengikut telunjuk mereka, adakah ini wajar?? Apakah ini tindakan yang patut?? Lebih menyedihkan, hari ini 10 orang perwakilan PAS daripada 23 bertindak membuat kenyatan akhbar bahawa mereka menyokong Nik Aziz yang tidak bersetuju untuk melaksanakan kerajaan perpaduan. Adakah ini yang dianjurkan Islam wahai pendukung parti Islam?? Dalam hal ii aku suka melihat reaksi UMNO yang tampak lebih tenang menghadapi hal ini. Sementara itu, satu sudut yang lain PAS telah meletakkan syarat bahawa kerajaan perpaduan akan dilaksanakan sekiranya rakan2 pakatn rakyatnya diambil kira.Apakah ini?? jelas konsep dan tujuan kerajaan perpaduan itu tidak dihayati dengan sepenuhnya, jikalau itulah yang mereka mahukan apakah ini akan menjamin kepada pengembalian kuasa dan penyatuan orang Melayu?!! PAS umpama bermain layang2 dengan perkara ini. Jadi, kerajaan perpaduan ini adakah ia sekadar retorik? atau satu kesungguhan??..
Friday, June 19, 2009
Sekilas Pandang Korea~~
Alhamdullilah masuk 19 haribulan hampir dua minggu aku meninggalkan bumi Korea Selatan atau spesifiknya bumi Bandar Itaewon yang menjadi tempat penginapan aku sepanjang berada di sana.Korea Selatan, asalnya hanya disebut Korea tapi disebabkan peperangan Korea, ereka terpisah dalam episod perang yang amat dramatik. Bayangkan peperangan Korea yang berpunca daripada hasutan Jepun amat tragik. Penduduk Korea terpaksa membunuh sesama sendiri untuk hidup tak tumpah seperti program realiti "survivor" tapi dalam versi yang lebih kejam. Natijahnya, penduduk Korea Selatan tidak pernah merasa gentar apabila Pyonyang mengisyhtiharkan perang terhadap Korea Selatan berikutan Korea Selatan yang menandatangani satu perjanjian dengan White House yang mengatakan mereka bersama-sama menentang program nuklear Pyongyang. Hal ini berikutan mereka tahu bahawa perkara ini tidak akan berlaku dan merupakan satu retorik media massa semata-mata. Bak kata orang Korea "cukuplah Perang Korea yang dahulu kita adalah saudara Korea Selatan dan Utara tiada bezanya kita satu darah keturunan". Inilah realiti bagi orang Korea Selatan tidak mungkin Pyongyang akan menyerang mereka. Ok, dari segi sejarah Korea telah dijajah oleh Jepun selama lebih 40 tahun, bayangkan penderitaan mereka, kalau kita yang tak sampai 5 tahun pun dah cukup merana apatah lagi 40 tahun!! Tetapi bagi aku, kita patut tabik spring kepada Korea Selatan walaupun dijajah lebih 40 tahun tapi kemajuan mereka melebihi kita. Aku cukup kagum dengan mereka. Jadi di mana silapnya kita? Tanyalah menteri kita ahli parlimen kita haha, aku bersifat neutral dalam hal ini dan percaya mereka telah melakukan yang terbaik. Kebetulan, kedatangan aku telah menyaksikan kehilangan seorang jiwa besar dalam Korea Selatan iaitu bekas presiden mereka Roh Moo Hyun yang mati akibat bunuh diri dengan melompat dari atas bukit disebabkan masalah rasuah. Setelah berbual dengan pegawai pelancongan yang merupakan orang Korea Selatan apa yang dapat aku simpulkan hanya satu SADIS. Hidup Roh Moo Hyun amat sadis. Sekarang aku akan bawa kalian ke dalam satu penceritaan tentang Roh Moo Hyun yang diceritakan oleh orang Korea kepada aku dan merupakan sebab beliau layak untuk bunuh diri. Dilahirkan dalam keluarga petani, beliau berasal dari golongan miskin, perlu diingatkan di Korea orang miskin tidak mungkin dapat menjadi presiden kecuali beliau. Beliau tidak pernah ke universiti, beliau menjadi peguam dengan belajar sendiri dan mengambil peperiksaan dan lulus lalu menjadi peguam. Ini menyebabkan orang bwahan beliau tidak menghormati beliau dengan alasan beliau yang tidak masuk universiti. Ketiga, beliau layak bertanding pilihan raya disebabkan wang raih simpati dari orang ramai. Presiden Roh dikenali sebagai insan yang amat mulia,beliau hanya merupakan orang yang benar-benar berjuang atas dasr rakyat. Oleh itu, apabila beliau tidak mempunyai wang untuk bertanding, beliau telah meminta belas ihsan orang ramai dalam laman blog nya. Atas dasar itu kebanyakan rakyat telah membuat derma kilat bagi embantu beliau dan menjelang pilihan raya lori yang sarat dengan tabung kecil tiba di rumahnya dan selepas dikira jumlahnya, cukup untuk beliau bertanding. Keempat, disebabkan beliau terlalu jujur media massa tidak menyukai beliau,akibatnya apa saja kenyataan beliau sering diputar belitkan oleh media massa, ini meyebabkan rakyat sentiasa tersinggung dengan tindakan beliau yang disalah erti. Sebagai contoh, orang kaya di Korea suka membeli rumah dengan banyak supaya dapat menyewa kepada golongan marhein yang rata-rat tidak mampu untuk membeli rumah. Jadi, Presiden Roh yang sedar akan tindakan itu telah meluluskan dasar satu keluarga sebuah rumah,dan mana-mana individu yang mempunyai lebih daripada sebuah rumah akan dikenankan cukai yang tinggi. Ironinya, rakyat yang keliru dengan media telah menganggap Presiden Roh sengaja meninggikan cukai supaya rakyat biasa tidak mampu membeli rumah. Hal ini berikutan media massa di Korea dikuasai oleh golongan2 jutawan ekspatariat, oleh itu mereka sering memutar belitkan fakta, Presiden Roh yang tahu akan hal ini telah menggunakan kuasa vetonya supaya media menceritakan perkara yang benar2 terjadi kepada rakyat dengan mengandaikan rakyat berhak mengetahui perkara sebenar yang belaku dalam negara. Kelima, beliau merupakan pemimpin yang amat bersih dari gejala rasuah sehinggakan setelah tamat berkhidmat sebagai presiden beliau masih mempunyai hutang. Silapnya dalam era yang penuh muslihat ini, seorang ahli politik tidak harus menjadi terlalu mulia seperti itu. Keenam, setelah beliau tamat berkhidmat beliau terus mengubah hidup beliau menjadi seorang petani,katanya dia ingin hidup seperti orang kebanyakan ini adalah satu kesilapan maksud aku tidak mungkin seorang bekas presiden menjadi seorang rakyat biasa. Adakah ini logik??, tetapi beliau telah membuktikannya.Ketujuh, beliau telah mengaku secara terbuka bahawa beiau telah bersalah atas dakwaan rasuah walaupun belum dibuktikan bersalah oleh badan pencegah rasuah,seharusnya beliau patut mendiamkan diri sehingga kes selesai. Secara ringkasnya, ketujuh2 sebab di atas menyebakan beliau layak untuk bunuh diri. Hakikatnya, kes rasuahnya sebenarnya telah dirancang oleh kerajaan. Secara telitinya wang yang diterima sebenarnya bukanlah rasuah tetapi hanya wang ihsan daripada individu yang selama ini telah menyara kehidupannya sewaktu beliau kanak2. Tambahan pula, wang itu bukan diterima oleh beliau tetapi isterinya,oleh itu mengapa ingin menyabitkan beliau?? Jelas ini adalah satu konspirasi kerana setelah beliau mati,kes ini sudah ditutup. sebenarnya banyak lagi fakta2 menarik tentang Presiden Roh yang patut kalian ketahui,sama2 lah kalian mencarinya,barula bes :). Hal inilah yang membuatkan kehilangan beliau merupakan satu peristiwa yang paling sedih sperti kata orang Korea mereka begitu sedih kerana belum sempat menyelami pemikiran,tindakan Presiden Roh hinggalah ke hari ini. Perlu diketahui, perkara yang menarik tentang orang Korea ialah pemikiran mereka yang berbeza dengan kita, hal ini merupakan satu gaya pemikiran baru korea iaitu berkerja keras untuk dinikmati dan bukan untuk disimpan. hal ini menyaksikan satu fenomena di mana orang Korea tidak begitu kisah kan dolar dan sen tetapi lebih cenderung kepada pengisian hidup. Ini jelas terbukti dengan rata-rata golongan marhein Korea tidak mengira umur sudah mampu memakai jenama2 atarabangsa seperti Gucci, Prada ,Ferragamo, dan sebagai nya, atas permintaan itu, sebuah kompleks beli belah terbesar di Korea telah beroperasi sehingga lewat 5 pagi!!. Jaringan pengangkutan mereka tidak banyak bezanya dengan KL tetapi apa yang menarik hampir seluruh kawasan laluan tren hanya dikenakan bayaran selaras iaitu 1000 won =Rm2.97. Selain itu, masyarakat Korea begitu berbeza dengan masyarakat China yang boleh dikatakan pengotor. Di Korea, tandas stesyen LRT nya sudah boleh melebihi tandas KLIA.(stesyen LRT yang biasa= stesyen universiti dan bukan setaraf KL sentral). Dari segi kos sara hidup, jika nak dibandingkan dengan kita jauh berbeza, bayangkan segulung kebab di tepi jalan saja boleh mencecah RM18!! bersamaan 6000 won. Hal ini berikutan pendapatan mereka yang tinggi, gaji bagi seorang pekerja makanan segera boleh mencecah 2000 Dollar US. Jadi,bagi mereka tidaklah menjadi satu bebanan. Coffee Bean, Starbucks hanyalah sama seperti kedai mamak di Malaysia. Ini bermaksud ia bukanlah dianggap mahal oleh penduduk di sana. Akhir sekali, dari segi kehidupan sosial,mereka jauh lebih baik berbanding kita. Tiada gejala mat rempit dan sewaktu dengannya walaupun di sana sini terdapat hampir puluhan kelab untuk dikunjungi,itu baru di sebatang jalan. Tidak timbul soal, masalah remaja bermasalah dan sebagainya. Hal ini mungkin kerana mereka sudah biasa dengan aktiviti2 itu, berbeza dengan kita, remaja masuk kelab dianggap hebat,stylo, moden dan sebagainya. Suka aku berfikir, mungkinkah kita perlu membuka ruang seluas2nya untuk remaja menikmati hidup??,maksudku seperti Korea ,aktiviti2 malam nya diadakan secara terbuka termasuk kegiatan2 seksnya tanpa ada selindung. Mungkin lima tahun pertama indeks jenayah sosial negara akan meningkat tapi bagi jangka masa panjang,mungkin masyarakat sudah biasa dan kadar jenayah sosial akan menurun kerana resam manusia ingin melakukan apa yang dilarang jadi apabila perkara menjadi biasa tidak ada apa yang akan dibanggakan sekiranya dilakukan. Inilah apa yang aku rasa terjadi di Korea dan juga negara2 lain. Jadi amacam,, "berani ke tak Dato' Seri??"haha..kamsa hamida~~
Thursday, June 18, 2009
Isu Bahasa Inggeris
Setelah Menteri pelajaran baru kita Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bahawa Bahasa Inggeris akan dijadikan subjek wajib lulus SPM seperti mana Bahasa Melayu dan beliau meminta pandangan awam tentang cadangan tersebut, ini menunjukkan satu petunjuk yang baik iaitu suara awam telah diiktiraf secara rasmi. Ironinya, seperti biasa apabila langkah pandangan awam diambil kira, orang kita lebih cepat melatah. Orang Melayu, namanya Melayu cukup sinonim dengan budi bahasanya. Jikalau marah, masih boleh mengukir senyuman kalau tidak masakan terdapat pepatah "kera di hutan diberi makan, anak di rumah mati kebuluran", manisnya bangsa Melayu. Aku bangga menjadi orang Melayu!!. Namun Melayu juga terkenal dengan sifat malasnya, sifat lekanya, sifat tamaknya, kalau tidak masakan Pak Kaduk boleh tergadai kampungnya kalu bukan kerana leka, tamak. Hakikatnya, bangsa Melayu tidak akan maju selagi tidak berada dalam keadaan tertekan , selagi tidak susah orang Melayu tidak akan sedar di mana tahap mereka. Dalam isu Bahasa Inggeris, aku cukup tertarik dengan pandangan Tun Dr. Mahathir melalui laman blognya, coretnya, kalau subjek Sejarah pun tidak jadi subjek wajib, Bahasa Inggeris pun tidak jadi subjek wajib habis apa yang perlu diwajibkan??, kalau tak mahu susah jangan pergi sekolah!!. Orang pergi sekolah untuk meningkatkan tahap ilmu bukan nak berada dalam keadaan selesa... Ok, kalau kita lihat pandangan Tun, cukup sinikal tapi mencukupi untuk kita fahami bahawa matlmat Tun hendak melihat rakyat Malaysia "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi", dengan negara-negara asing. Kalian semua tunggu apa lagi?? ada otak fikir sendiri. Walaubagaimanapun syabas Tun!!.
Muqqadimah~~
Assalamualaikum, hye, bonjour, anyang haseyo dan sewaktu dengannya. Nama aku seperti yg tertulis di dinding laman blog ini. Tarikh lahir aku pun ada. Jadi cukupla sebagai pengenalan diri dan satu lagi aku masih belajar. Hurm, alhamdullilah akhirnya dapat juga aku menjadi seorang blogger. Suka aku mengingatkan kalian yang membaca, blog aku bukanlah untuk menjenamakan diri aku,maksudnya aku tak suka cita pasal diri aku kecuali pengalaman aku, tetapi tujuan aku menulis blog adalah untuk menyampaikan ide-ide aku dari sudut pandangan aku yang mungkin tidak sebernas Tun Dr.Mahathir tapi sekurang-kurangnya mungkin dapat membuat kalian berfikir di luar linkungan anda . Ok, perlu diingat aku akan cuba menulis blog ini dengan menggunakan seminima mungkin Bahasa Inggeris sebagai tanda protes terhadap sebahagian besar manusia yang menganggap program PPSMI yang dijalankan selama ini akan menhakis nilai Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Dari sudut pandangan aku, sebenarnya kita perlu melihat kembali apakah objektif program ini dilaksanakan,adakah untuk memantapkan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar? atau untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar supaya membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris supaya dapat memudahkan diri apabila belajar ke peringkat tertinggi?Bagi aku tidak timbul masalah kejatuhan nilai Bahasa Melayu walau apa pun tujuannya, logiknya kalau kita fikir sedalam mungkin, mana mungkin bahasa pengantar kita boleh hilang dengan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Segelintir manusia menegaskan mengapa tidak boleh belajar dalam Bahasa Melayu?Mengapa Jepun boleh?Mengapa Jerman boleh?Aku ambil contoh Jepun,ok Jepun maju dengan bhasa Jepun disebabkan selepas perang dunia mereka bangkit,usaha menterjemah pada ketika itu giat dijalankan,jadi dalam tempoh lebih kurang 50 tahun Jepun sudah cukup matang untak maju,berbeza dengan kita yang baru merdeka tanggal 1957, kemudian baru hendak merangkak mencari arah tuju negara. manusia di luar sedarlah!! kita tak sama dengan Jepun,kita tak sama dengan Jerman,jadi janganlah kalian ingin membandingkan kita dengan negara seperti itu. Realitinya, dalam negara mencapai 52 tahun merdeka kita belum cukup matang untuk berdiri dengan sendirinya. Aku tidak maksudkan kedaulatan negara yang aku maksudkan adalah lebih kepada kemajuan negara. Jadi seharusnya kita mengikut arus semasa bagi mencapai tujuan ini, natijahnya bagi aku program PPSMI patut diteruskan tetapi dengan mengekalkan status quo sekarang iaitu pertama pelajar diberi kelonggaran membuat pilihan dwibahasa dan kedua guru diberi kelonggaran untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu sekiranya pelajar tidak faham.Bagi aku perkara ini patut dikekalkan setelah mengambil kira pelajar2 di kawasan pedalaman, ini bermaksud apabila pelajar di kawasan pedalaman sudah dapat menguasai dengan baik status quo ini perlu ditarik.Mungkin keadaan ini tidak tercapai dalam masa 5 tahun,10 tahun mungkin akan tercapai selepas 12 tahun 6 bulan PPSMI dijalankan, tapi itu bukan pokok persoalannya kerana apa??kerana tujuan PPSMI itu. Adakah bumi Malaysia akan hilang selepas 10 tahun??, jadi mengapa perlu cepat melatah dengan PPSMI?? "Rom tidak dibina dalam satu hari",berilah masa.. aku juga pejuang bangsa tapi kita perlu berfikiran rasional dalam hal seperti ini.Akhir bicara, suka aku petik petikan dari akhbar Utusan Malaysia hari ini dalam bahagian ADAP ruangan perspektif tulisan Tun Faisal Ismail Aziz katanya "Saya sendiri misalnya, sewaktu belajar dalam bidang farmasi di USM,tidak pernah dipaksa untuk mengikuti kuliah,menulis tugasan , menyediakan laporan dan melakukan pembentangan dalam Bahasa Inggeris, bahkan adalah pembaziran masa yang amat nyata kerana nota kuliah memang sudah diterjemahkan...Akibatnya kemahiran berucap,menulis ...tidak ditajamkan dan hasilnya sudah boleh diagal seorang graduan yang tidak boleh bercakap,menulis,mendengar dan berhujah dalam Bahasa Inggeris dengan baik,lebih-lebih lagi dalam Bahasa Inggeris saintifik dan teknikal..."Kalaulah ini realitinya,adakah ini yang kita mahu??tepuk dada tanya selera..
Subscribe to:
Posts (Atom)